Lebih 10 Ekor Harimau Dibunuh Untuk Hiburkan Orang Kaya China

Sungguh melampau. Mengapa perlu sampai membunuh harimau semata-mata untuk hiburan?

AMARAN: Kandungan Grafik

Orang Kaya Di Beijing, China Berhibur Dengan Persembahan Membunuh Lebih 10 Ekor Harimau

Lebih dari 10 ekor harimau dibunuh dalam satu persembahan bagi menghiburkan pegawai rasmi dan peniaga kaya di China.

hmetro.com.my

Image via siakapkeli.com

Polis Zhanjiang merampas bangkai harimau yang baru dibunuh itu serta beberapa produk lain yang berasaskan harimau dalam serbuan baru-baru ini, lapor akhbar The Nanfang Daily.

blogspot.com

Kesemua Harimau Dikurung Di Dalam Kandang Besi Dan Dirodok Dengan Rod Elektrik Ke Dalam Mulut Sehingga Mati

Rakaman video perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menunjukkan, mulut harimau yang dikurung dalam kandang besi itu dirodok dengan rod elektrik selama lebih 10 saat sehingga mati.

hmetro.com.my

Seorang penyembelih berpengalaman dibayar untuk melapah daging haiwan berkenaan bagi mendapatkan bahagian penting.

hmetro.com.my

Tulang harimau biasanya dijual pada harga 14,000 yuan (RM7,421) sekilo manakala daging pula mencecah RM530 sekilo.

siakapkeli.com

Upacara Itu Dipercayai Dilakukan Sebagai Satu Simbolik Bagi Status Sosial Mereka

Pegawai tempatan dan ahli perniagaan berjaya berkumpul bagi menyaksikan haiwan itu dibunuh sebagai simbolik status sosial mereka.

blogspot.com

Berkemungkinan Harimau-Harimau Tersebut Disuntik Dengan Ubat Pelali Sebelum Persembahan

“Harimau itu mungkin disuntik pelali sewaktu di bawa ke sini, tetapi pembeli akan memeriksa dan memastikan harimau itu hidup sebelum dibunuh,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya.

siakapkeli.com

Menurut polis, penyembelih berkenaan yang mati selepas terjun kerana mahu melarikan diri ketika serbuan itu sudah membunuh lebih dari 10 ekor binatang.

hmetro.com.my

Leave a comment