[TERKINI] Asrama Dan Pelajar Dibakar Tetapi al-Quran Selamat
Pada 15 Jun, asrama Maahad Tahfiz Al-Barakah terbakar dan mengambil nyawa pelajar 13 tahun Aiman Nur. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Asrama Maahad Tahfiz Al-Barakah di Sungai Petani terbakar, pelajar 13 tahun maut
Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat sini, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan, awal hari ini.
sinarharian.com.myAiman Nur Hakim yang rentung keseluruhan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mior Amirul Mior Mohd. Ghazali, 16, dan Muaz Halim, 16, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.
utusan.com.myKejadian berlaku jam 1.50 pagi ketika semua pelajar terbabit nyenyak tidur di dalam sebuah rumah papan dua tingkat yang dijadikan asrama Maahad Tahfiz itu.
terengganutoday.comKejadian berlaku ketika 16 pelajar sedang tidur dalam rumah berkenaan, termasuk mangsa dan tiga rakannya di tingkat atas.
hmetro.com.myAiman Nur Hakim rentung dibakar keseluruhan akibat terperangkap dalam api
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
terbakor.comMayat mangsa, Aiman Nur Hakim Yahaya, 13, di tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan oleh pasukan bomba dan penyelamat dipercayai terjatuh selepas lantai tingkat atas diperbuat daripada papan turut rentung.
hmetro.com.my"Sebaik sahaja membuka tingkap rumah, saya nampak api marak di kawasan asrama. Saya bergegas ke tempat kejadian dan apabila tiba didapati 15 pelajar berjaya melarikan diri manakala Aiman Nur Hakim terperangkap di dalam," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
utusan.com.my“Aiman! Aiman! Bangun! Bangun! Ada api, rumah terbakar, cepat bangun!’ Bagaimanapun, saya lihat dia langsung tak bergerak sebelum saya terus keluar apabila lihat api makin marak menjilat tingkat dua rumah ini.”
terengganutoday.comMangsa yang terperangkap dikatakan gagal menyelamatkan diri dan rentung.
bharian.com.myMayat mangsa ditemui rentung di bawah timbunan kayu di tingkat bawah rumah terbabit selepas lantai tingkat atas tempat mangsa tidur runtuh oleh anggota bomba dan penyelamat. Selain itu, cebisan tangan dan kaki turut ditemui guru sekolah yang mencari mayat mangsa jam 8 pagi.
terengganutoday.comNamun, almari dan barang milik Aiman tidak hangus
Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) di Tikam Batu dekat sini menjadi tumpuan orang ramai semalam, apabila mereka mahu melihat sendiri pelbagai barang milik seorang pelajar yang dikatakan tidak dijilat api dalam kebakaran pada Sabtu lalu.
harian-metro-online.comBarangan milik arwah Aiman Nur Hakim Yahya, 13, ditemui dalam keadaan sempurna di dalam almari kayu miliknya walaupun 19 almari dipenuhi barang milik pelajar lain hangus dalam kebakaran itu.
kosmo.com.my“Almari yang menyimpan barang Aiman hanya almari kayu dan barangannya selamat tetapi barang pelajar lain yang disimpan di dalam almari besi rosak terbakar,” katanya ketika ditemui di Mantab di sini semalam.
harian-metro-online.comAntara barang milik arwah yang tidak hangus ialah dua naskhah al-Quran, senaskhah tafsir al-Quran, buku surah amalan, buku Biografi Agung Rasulullah, kain serban, pakaian dan wang RM13 yang disimpan di dalam bekas kismis.
kosmo.com.myTWO Qurans, clothes and books belonging to a 13-year-old fire victim were miraculously undamaged in a fire which razed the Mahad Tahfiz Al-Baraqah (mantab) in Sungai Petani, reported Kosmo.
thestar.com.myBenda-benda hairan yang berlaku sekitar kamu? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS
GET THE LATEST UPDATES ON TWITTER (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Get today's must-share stories, links & videos.
twitter.comJOIN THE GROWING COMMUNITY ON FACEBOOK: SAYS is Malaysia's social news network. Social media users from each country curate, contribute and share trending news stories.
facebook.com