Kes Bayi Lagi: Bayi Baru Lahir Mati Dipukul Ditemui Pejalan Kaki
7 April 2013 - Seorang bayi perempuan yang baru lahir dijumpai mati tepi jejambat pagi ini oleh seorang pejalan kaki. Kesan-kesan atas mayat bayi ini membuat polis percaya bahawa dia telah dipukul dan dibuang untuk menunggu ajal. Adakah bayi ini hasil kehamilan sebelum kahwin? 'Follow this story' untuk mengikuti perkembangan polis dalam kes ini.
Mayat bayi perempuan dijumpa oleh pejalan kaki
Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.
malaysiandigest.comMayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki yang berasa curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat kira-kira jam 7 pagi.
sinarharian.com.myLelaki itu membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
malaysianreview.comKetua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.
busuk.orgPolis percaya bayi ini dipukul dan dibuang untuk mati
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
busuk.org“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.
malaysianreview.comKes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
sinarharian.com.myKes bayi penderaan bayi yang lain
CERITA PENUH: Seorang mayat bayi berumur 7 bulan dijumpai terapung di perairan Sungai Nunuyan, Sabah. Mayat bayi ini dijumpai tanpa kepalanya.
says2.comCERITA PENUH: Pembantu rumah Yuliana didakwa menghempas dan melambung bayi tuannya sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian mangsa pada 15 Feb lepas.
says2.com