Nasi Lemak 'Telanjang' MAS Dibalas Dengan Nasi Lemak 'Lengkap' AirAsia

Baru-baru ini, syarikat penerbangan Air Asia telah mengeluarkan sebuah iklan yang mencetus kontroversi apabila dikatakan iklan tersebut menyindir Malaysia Airlines.

Persaingan Malaysia Airlines Dan AirAsia Memasuki Fasa Baru Dengan Iklan Nakal Ini

MAS FB page

Image via imgur.com

Terbaru, Malaysia Airlines mengambil langkah kanan dengan mengeluarkan iklan percutian ke Maldives di Facebook yang dikatakan mempunyai persamaan dengan iklan 'Nasi Lemak Lengkap' Air Asia.

facebook.com

Melalui perkataan 'MASIH LENGKAP' yang sengaja dibesarkan, adakah ini merupakan jawapan atau sindiran yang jelas dibuat oleh Malaysia Airlines terhadap Air Asia?

facebook.com

Iklan Malaysia Airlines

Image via akamaihd.net

9 Feb: Hampir Dua Minggu Selepas Berita 'Nasi Lemak Telanjang' Malaysia Airlines (MAS), Kini AirAsia 'Membalasnya' Dengan Iklan 'Nasi Lemak Lengkap' Yang Disiarkan Dalam Akhbar Mingguan Tempatan

Iklan nasi lemak Air Asia

Image via blogspot.com

Iklan nasi lemak Air Asia

Image via mkini.net

AirAsia mengiklankan menu kegemaran rakyat Malaysua itu dengan tulisan ‘Nasi Lemak kami Lengkap!’ ditambah dengan slogan ‘Sejuklah di udara kalau telanjang!’.

malaysianreview.com

Bagaimanapun AirAsia Ketika Dihubungi Astro AWANI Memaklumkan Bahawa Tujuan Iklan Itu Bukanlah Untuk Membidas Mana-Mana Pihak

Kapal terbang Air Asia

Image via wikimedia.org

Dalam kenyataan rasmi oleh jurucakap mereka, katanya tujuan iklan tersebut adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada nasi lemak yang sedap atas penerbangan.

astroawani.com

"Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan Air Asia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia," kata kenyataan tersebut.

astroawani.com

Chef Selebriti Terkenal Tanahair, Chef Wan Dalam Akaun Instragramnya Menyifatkan Iklan AirAsia Itu Sebagai 'Persaingan Yang Sihat' Di Mana Pemenangnya Tentulah Yang Terbaik

Kenyataan Chef Wan dalam Instagram

Image via imgur.com

Beliau turut memesan kepada MAS agar mengotakan janji mereka untuk 'mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan' mereka.

busuk.org

Chef Wan turut memberitahu bahawa tindakan beliau telah dipuji dan disokong oleh krew-krew semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kerana menurutnya perkara sudah lama diketengahkan oleh mereka namun tidak diendahkan.

astroawani.com

Cerita Ini Bermula Dua Minggu Yang Lalu Apabila Chef Wan Menggelar Nasi Lemak Yang Dihidang Di Dalam Pesawat MAS Sebagai 'Telanjang'

Nasi lemak telanjang MAS

Image via imgur.com

Chef Wan

Image via asianfoodchannel.com

29 Jan lalu Chef Wan telah menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand di mana beliau telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik MAS.

astroawani.com

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

mynewshub.my

Chef Wan yang tidak berpuas dengan hidangan tersebut, menggelarkan nasi lemak itu sebagai 'telanjang' kerana hanya mengandungi nasi dan sambal, iaitu tanpa kacang, timun dan ikan bilis, berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaum Instagramnya.

busuk.org

Jadi, Pendapat Anda Bagaimana?

Tom Hiddlestone gif

Image via tumblr.com

Leave a comment