seismik

Dubai Mengeluarkan "Halal Wine" Pertama Di Dunia

Akhirnya, umat Islam boleh menikmati minuman wain tanpa rasa ragu-ragu.

Cover image via lootahpremiumfoods.ae

Sebuah Syarikat Di Dubai, Lootah Premium Foods Telah Memperkenalkan Minuman Wain Halal Pertama Di Dunia Atas Permintaan Meluas Daripada Golongan Mewah Di Teluk Emiriah

Dubai memperkenalkan wain halal pertama di dunia.

Image via ahlanlive.com

Atas desakan dan permintaan yang memberangsangkan daripada penduduk mewah di Teluk Emiriah, sebuah syarikat di Dubai, Lootah Premium Foods telah memperkenalkan minuman "wine" berstatus halal yang pertama di dunia.

"Kami telah menerima permintaan yang besar untuk wain halal kelas pertama daripada pengguna dan pelanggan bergama Islam yang ingin menawarkan pengalaman premium di majlis perkahwinan, hari jadi atau acara korporat," kata Tony Colley, Pengurus Besar Lootah Premium Foods.

Diberi Nama "Lussory Gold", Minuman Tersebut Disertakan Dengan Daun Emas 24 Karat Yang Boleh Dimakan Sebagai Aksesori

Minuman tersebut turut disertakan dengan daun emas 24 karat yang boleh dimakan sebagai aksesori mewah yang datang dengan setiap pembelian.

Image via onislam.net

Minuman tersebut turut disertakan dengan daun emas 24 karat yang boleh dimakan sebagai aksesori mewah yang datang dalam setiap botol.

Selain itu, botol "Lussory Gold" juga mempunyai hiasan label pewter bersalut emas dalam usaha syarikat meningkatkan lagi imej mewah dan premium kepada wain itu.

Menurut Sumber, Minuman Wain "Lussory Gold" Ini Dijamin Halal 100% Kerana Mempunyai 0.00 Peratus Kandungan Alkohol Di Dalamnya Setelah Melalui Proses "Dealcoholisation"

Minuman wain "Lussory Gold" dijamin halal 100% kerana telah melalui satu proses yang dipanggil "dealcoholisation" sebelum dibotolkan.

Image via thedrinksbusiness.com

Lootah Premium Foods dalam satu kenyataan berkata sumber wain halal ini diambil dari sebuah ladang wain di La Mancha, Spain dan dihasilkan dengan cara yang sama seperti wain dan champagne yang lain.

Walaupun menggunakan cara yang sama, wain "Lussory Gold" ini telah melalui satu proses yang dipanggil "dealcoholisation" dimana kesemua kandungan alkohol dikeluarkan daripada minuman, menjadikannya halal untuk diminum.

Agama Islam Mengharamkan Pengikutnya Mengambil Sebarang Minuman Atau Apa-Apa Bahan Yang Boleh Memabukkan Seperti Alkohol, Dadah Dan Lain-Lain Samada Dalam Kuantiti Yang Kecil Atau Besar

Islam mengambil satu pendirian tanpa kompromi dan tidak berbelah bagi dalam melarang arak dan bahan-bahan lain yang memabukkan. Selain mengambil, umat Islam juga tidak dibernarkan untuk menjual bahan-bahan tersebut.

Islam menegah umatnya mengambil sebarang bahan yang memabukkan dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Image via muslimvillage.com

Sebuah kajian yang dikeluarkan di Britain pada November 2010 mendapati bahawa alkohol adalah dadah yang boleh membawa maut dan lebih berbahaya jika dibandingkan dengan heroin ataupun kokain.

onislam.net

Alkohol juga menjadi penyebab utama kepada 195,000 jumlah kematian di 27 negara Kesatuan Eropah (EU) setiap tahun dengan lebih 10,000 daripadanya dikaitkan dengan kemalangan jalan raya akibat pengambilan alkohol.

onislam.net

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

Leave a comment