news

[GAMBAR] Wajah Luar Dusun Durian, Sebenarnya Makmal Dadah

Di Pulau Pinang, Polis menyerbu sebuah makmal dadah yang tersembunyi dalam kebun durian. Hasil serbuan mencecah RM 1.2 juta dan merangkumi 6.2 kilogram ekstasi, 6 liter minyak meth dan 39 gram dadah yang disyaki syabu. Serbuan polis dilakukan hasik risikan dan maklumat orang awam yang mencurigai kegiatan tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia itu.

Cover image via

Dusun durian dijadikan makmal dadah di Georgetown

Image via windows.net

Dusun durian dijadikan makmal dadah di Georgetown

Image via blogspot.com
Unsupported video platform

Tindakan licik tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia yang menjadikan sebuah rumah dalam dusun durian sebagai mini makmal pemprosesan dadah syabu akhirnya terbongkar apabila diserbu polis pada 14 Mei lalu.

sinarharian.com.my

Difahamkan, sindiket itu cuba mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa kononnya mereka mengusahakan dusun durian, namun mereka menjalankan aktiviti dengan membina makmal mini memproses dadah syabu.

hmetro.com.my

“Siasatan awal mendapati kumpulan sindiket terbabit baru lima bulan menjalankan aktiviti itu dan mereka baru mencuba menghasilkan syabu.

hmetro.com.my

Konon bau kuat durian dapat mengelak dadah yang sedang diproses daripada dikesan.

tv3.com.my

Makmal mini tersebut ditemui selepas polis menahan kesemua suspek berusia antara 26 hingga 48 tahun tersebut diberkas pada pukul 11 malam, 14 Mei lalu selepas membuat risikan sebaik menerima maklumat awam.

kosmo.com.my

Makmal dadah kebun durian diserbu polis hasil maklumat orang awam

Image via windows.net

Makmal dadah kebun durian diserbu polis hasil maklumat orang awam

Image via imgur.com

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang menjadikan sebuah dusun durian di Batu Itam, Balik Pulau di sini sebagai port memproses dadah dalam satu operasi pada 14 Mei lalu.

kosmo.com.my

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 11 malam itu hasil risikan dan maklumat orang awam yang curiga dengan kegiatan kumpulan itu.

sinarharian.com.my

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, serbuan itu adalah hasil maklumat orang awam yang merasa curiga dengan kegiatan kumpulan terbabit di kawasan kebun berkenaan.

utusan.com.my

Kesemua yang ditahan berusia 26 hingga 48 tahun akan direman sehingga 21 Mei (hari ini).

Kes berkenaan akan disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

sinarharian.com.my

Hasil serbuan terdiri dadah mencecah RM1.2 juta

Hasil serbuan mencecah RM1.2 juta

Image via peraktoday.com

Dalam serbuan jam 11 malam itu, polis merampas pelbagai peralatan dan dadah nilainya dianggarkan mencecah RM1.2 juta.

hmetro.com.my

"Dadah-dadah dirampas itu terdiri daripada 6.2 kilogram serbuk disyaki ekstasi, enam liter minyak Methamphetamine, 39 gram dadah disyaki syabu serta peralatan yang digunakan untuk memproses dadah dan bahan-bahan kimia lain.

utusan.com.my

Menurutnya, polis menyita tiga kereta milik suspek, dua motosikal dan wang tunai dalam akaun RM186,000.

hmetro.com.my

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat aktiviti mencurigakan dan bau yang tidak disenangi di kawasan mereka supaya menghubungi balai polis berhampiran.

hmetro.com.my

You may be interested in: