Filem 2012 Dan Ramalan Kiamat Kalendar Kaum Mayan Dalam Mempengaruhi Akidah Umat Islam.
Filem 2012 tidak sekadar diterbitkan oleh Barat untuk mengaut keuntungan semata-mata kerana, ternyata filem tersebut membawa agenda untuk memperdayakan umat Islam dan seluruh masyarakat dunia dengan idea kiamat yang bakal berlaku pada 26 Disember 2012. Dalam pada itu, kemunculan filem tersebut disertai dengan hebahan tentang ramalan kalendar Mayan yang turut meramalkan kemusnahan pada tarikh keramat 2012. Apabila kedua-dua fakta ini digabungkan, ternyata terdapat banyak agenda terselindung yang tujuannya adalah untuk memanipulasi minda manusia sekaligus mempengaruhi tingkah laku masyarakat dunia dalam kehidupan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka..” Untuk merealisasikan impian tersebut, masyarakat bukan Islam akan melakukan pelbagai perkara yang dapat menggugat akidah dan keimanan umat Islam. Hal yang demikian kerana mereka (golongan bukan Islam) tidak pernah berhenti dalam mencari kelemahan umat Islam. Jika mereka gagal pada percubaan pertama, maka tidak bererti tidak akan ada percubaan kedua! Golongan bukan Islam tidak hanya “menyerang” umat Islam melalui makanan, pakaian dan media massa tetapi sebenarnya mereka telah mengawal pemikiran umat Islam mengikut acuan yang tersendiri. Istilah-istilah Sains wujud untuk mengaburi minda masyarakat dunia tetapi bagi umat Islam yang jahil mereka akan terus memperakui ilmu yang bertentangan dengan syariat seperti ilmu astrologi.
NIBIRU PLANET
Nibiru has been linked to NASA, and is also sometimes referred to or confused with Planet X, another supposed world for which there is no evidence.
space.com