[TERKINI] Isu Air Asia Dan Bayi Demam Campak: MAS Kata Bayi Sihat
Seorang ibu dan anak dilarang menaiki pesawat Air Asia dari Vietnam balik ke Malaysia kerana bayi 14-bulan itu didapati mempunyai demam campak. Menurut keluarga, demam bayi sudah redah namun pihak Air Asia kekal melarang perjalanan bayi itu kerana mengikut protokol kesihatan. Pengguna-pengguna Facebook mengutuk Air Asia sebagai tidak belas kasihan.
MAS kata Maryam sofea, bayi 14 bulan itu, sihat
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sejurus mendapat maklumat mengenai mereka daripada Tourism Malaysia, kakitangan MAS di sana terus membawa kedua-dua beranak itu dari hotel tempat mereka menginap ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
utusan.com.myMenurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak lagi menghidap demam campak seperti didakwa kakitangan AirAsia dan tompokan hitam di kulitnya hanya parut yang sudah kering.
beritatempatan.com"Sejurus selepas itu, kakitangan MAS menyediakan dokumen perjalanan untuk Maryam Sofea, ibunya dan dua lagi saudara mereka. Mereka terus dihantar pulang ke Malaysia dengan penerbangan MH759 dari Ho Chi Minh," katanya.
utusan.com.myPenjelasan itu sekali gus menyangkal kenyataan AirAsia yang dimuat naik di laman Facebook semalam bahawa doktor yang bertugas di lapangan terbang tersebut mengisytiharkan Maryam Sofea tidak sihat.
beritatempatan.comAir Asia melarang bayi 14 bulan daripada menaiki pesawat dari Vietnam pulang ke Malaysia kerana demam campak
Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi.
terbakor.comIbu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia, AK 1455 untuk pulang ke negeri dari Vietnam semalam dengan alasan anaknya Maryam Sofea Mohd Redza, 14, bulan menghidap demam campak.
kartikel.com“Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi,” ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
pisau.net"The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya. Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
mazidulakmal.com“Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh,” ujar pegawai perubatan terbabit. “The captain doesn’t allow this baby on board,” ujar pegawai sama kepada kami.
mynewshub.myKeluarga kata anak 14 bulan itu tidak sakit lagi
Seorang ibu dan anak serta dua saudara mereka yang datang bercuti ke Vietnam, terpaksa ditahan selama 5 hari di sana dan tidak boleh pulang ke Malaysia oleh kerana anak ibu tersebut yang juga mempunyai penyakit Sindrom Down, Izan Suhaila Mohd Ali dijangkiti deman dan “Chicken Pox”.
agendasemasa.com“Sewaktu kami menaiki pesawat Air Asia di LCCT pada jam 7 pagi Rabu lalu untuk ke Ho Chi Minh, tidak pula timbul sebarang masalah. Tidak pula Maryam ditahan dan dilarang menaiki pesawat sewaktu check in.” jelas Saiful.
wowberita.org“Masalahnya, sehingga malam tadi, kami sekeluarga masih lagi kabur, mengapakah Maryam tidak dibenarkan pulang? Dia tidak demam dan apabila ditanyakan kepada kakitangan Air Asia di lapangan terbang Ho Chi Minh, mereka tidak langsung memberikan penjelasan."
wowberita.orgKekurangan duit untuk bermalam selama 5 hari lagi, rakyat Malaysia mendermakan duit kepada ibu dan anak itu
Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan.
pisau.netSedih dengan nasib yang menimpa Izan, sekumpulan pelancong asing dan warga Malaysia turut mendermakan wang mereka untuk membantu Izan menetap selama lima hari lagi sementara menunggu anaknya sembuh. Izan terharu apabila orang ramai prihatin dengan nasibnya.
kurakura.myTidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa, tanpa berfikir panang, mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket serta beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.
mazidulakmal.comIbu dan bayi balik dengan MAS
Izan dan anaknya, Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan, dilarang menaiki pesawat Air Asia AK 1455, penerbangan dari lapangan terbang di Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur malam tadi.
terbakor.comSeorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.
kartikel.com"Staf MAS baik budi, menjemput Izan, Maryam dan dua saudara kami dan membawa mereka ke hospital. Mereka ke hospital kerajaan, caj hanya USD20 untuk pemeriksaan Maryam."
mazidulakmal.comIzan, Maryam dan saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA pada jam 7.45 malam semalam menggunakan pesawat MAS.
mazidulakmal.comAir Asia kata penerbangan balik percuma telah disediakan tetapi menunggu keizinan doktor
Merujuk kepada isu yang dibangkitkan dalam media sosial mengenai tetamu yang dinafikan menaiki penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013, kami ingin menjelaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak.
facebook.comHal ini telah disahkan oleh doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.
facebook.comSeterusnya, AirAsia telah membuat persediaan untuk menerbangkan kembali ibu, bayi serta 2 orang dewasa secara percuma, setelah bayi itu diisytiharkan boleh menaiki pesawat oleh doktor.
facebook.comMengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan; penumpang yang tidak sihat harus menangguhkan perjalanan mereka sehingga mereka sembuh. Penumpang dengan penyakit berjangkit aktif tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan udara.
facebook.comTony Fernandes kata kakitangannya mengikut protokol dengan baik
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, penumpang itu dihalang menaiki penerbangan itu selepas disah menghidapi cacar air.
terbakor.com