JOM SERTAI DIGITALGLOBE DALAM MISI MENCARI LOKASI PESAWAT MH370
Adakah anda mahu membantu proses mencari pesawat MH370? Duduk depan komputer sekarang? Bagus! Digital Globe, syarikat pengimejan angkasa lepas dunia kini memberikan akses imej terkini yang diambil mereka di kawasan persekitaran hilangnya MH370 Sabtu lalu. Kawasan seluas 300 batu persegi ini merangkumi Laut Cina Selatan dan juga Teluk Siam. Imej dari satelit ini diambil menggunakan dua buat satelit milik mereka beberapa hari yang lalu. Pada awalnya imej satelit terkini ini hanya diberikan kepada pasukan Cari dan Menyelamat dari pelbagai negara yang kini masih aktif mencari pesawat milik Penerbangan Malaysia ini. Mari lakukan sesuatu untuk membantu proses mencari pesawat ini. Jangan hanya jadi keyboard warrior mengutuk kegagalan pasukan SAR mencari pesawat yang sudah hilang lebih dari 10 hari ini.
DigitalGlobe (www.digitalglobe.com) memiliki dan mengendalikan lima satelit persendirian dan imej yang diperoleh berjarak 400 batu dari bumi jelas dan tepat.
DigitalGlobe is a leader in providing high-resolution satellite images, aerial photos and geospatial content. Learn more at www.digitalglobe.com.
digitalglobe.comhttp://ohgadisitu.blogspot.com/2014/03/jom-sertai-digitalglobe-dalam-misi.html
blogspot.comOrang ramai boleh melayari "www.tomnod.com/nod/challenge/malaysiaairsar2014" dan kemudiaan meletak nota sekiranya menemui sesuatu objek dan kemudiaannya menghantar ke saluran rasmi. Anda boleh mengkases peta terkini kawasan lautan tersebut melalui laman sesawang TomNod. Pihak Digital Globe melaporkan sudah terdapat ribuan sukarelawan yang membantu mencari serpihan pesawat ini di permukaan laut. Tunggu apa lagi? Lakukan yang terbaik. Do the right thing! Be a man!
http://www.tomnod.com/nod/challenge/malaysiaairsar2014
tomnod.comSetelah pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan hilang dan operasi mencari memasuki hari ke tujuh, syarikat pengimejan satelit Amerika mengambil inisiatif mengumpul maklumat bagi mencari pesawat berkenaan.
Menerusi inisiatif ini, orang ramai akan membantu menganalisis imej beresolusi tinggi bagi sebarang tanda kehilangan pesawat.
ABC News melaporkan syarikat DigitalGlobe yang berpangkalan di Longmont, Colorado memasang kamera pada lima satelit orbit pada Sabtu di kawasan Teluk Thailand di mana lokasi MH370 dilaporkan hilang.
Pengurus Kanan Big Data Geospatial dari DigitalGlobe, Luke Barrington berkata kepada ABC News imej satelit yang dikumpul boleh didapati secara percuma oleh orang ramai menerusi laman sesawang Tomnod.
http://ohgadisitu.blogspot.com/2014/03/jom-sertai-digitalglobe-dalam-misi.html
blogspot.comDigitalGlobe akan menggunakan komputer algoritma bagi melihat pengguna menandakan kawasan tertentu lebih banyak daripada pakar pengimejan satelit dalaman yang kemudiannya akan dibuat pemantauan, katanya.
“Sesiapa sahaja boleh pergi ke pautan dan mula melihat imej tersebut yang ditanda jika terdapat perkara mencurigakan. Setiap piksel di skrin komputer mewakili setengah meter permukaan laut.
"Apa yang dapat kami katakan di sinilah lokasi 10 terbaik atau mencurigakan. Adakah benar sayap pesawat terpisah dan serpihannya terapung di lautan?
"Mungkin kami tidak 100% yakin tetapi jika itu yang terpaksa saya lakukan maka saya akan mulakannya,” katanya.
Barrington berkata inilah cara bagi mereka yang tidak pandai membawa bot merentasi Lautan Pasifik bagi menuju ke Semenanjung Malaysia atau mereka yang tidak pandai memandu kapal terbang membantu mencari pesawat Boeing 777-200ER.
http://ohgadisitu.blogspot.com/2014/03/jom-sertai-digitalglobe-dalam-misi.html
blogspot.comDigitalGlobe menjalankan First Look Event secara berbayar bagi membandingkan imej sebelum dan selepas kepada pelanggan.Beberapa bulan lalu, syarikat itu mengaktifkan perkhidmatannya bagi memantau kebakaran hutan di Australia, keganasan di Ukraine dan ribut ais di Altanta.
November lalu, syarikat tersebut turut melancarkan kempen serupa selepas taufan Haiyan membadai Asia Tenggara dan pengguna meninggalkan 400,000 tanda digambar membantu mengenal pasti 38,000 bangunan dan 101,000 rumah yang rosak akibat bencana itu.
http://ohgadisitu.blogspot.com/2014/03/jom-sertai-digitalglobe-dalam-misi.html
blogspot.comMH370 sewaktu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu hilang dari radar kira-kira 1.30 pagi di pantai timur Malaysia dan selatan Thailand.
Nasib pesawat yang membawa 227 penumpang yang terdiri daripada 14 negara dan 12 krew kabin masih belum diketahui.
Sejak berita kehilangannya tersebar, terdapat beberapa laporan serpihan bangkai pesawat dan tumpahan minyak di Laut China Selatan di mana pesawat itu kali terakhir dikesan radar namun siasatan lanjut oleh pihak berkuasa mendapati barang yang dijumpai itu bukan milik pesawat malang berkenaan.
http://ohgadisitu.blogspot.com/2014/03/jom-sertai-digitalglobe-dalam-misi.html
blogspot.com