Kehebatan Adik 12 Tahun Ini Bermain Dram Boleh Buat 'Drummer' Malaysia Gigit Jari

Susah nak percaya adik Nur Amira Syahira ini baru berusia 12 tahun. Dia memang sangat hebat bermain dram.

Hai, nama saya Nur Amira Syahira. Umur saya baru 12 tahun.

Saya masih bersekolah, sama jugak macam kanak-kanak yang sama umur dengan saya. Cuma...

... saya ada hobi yang agak lain sikit berbanding kawan-kawan lain. Saya suka main dram!

Ya, saya suka sangat main dram. Saya mula main 4 tahun lepas masa umur saya 8 tahun. Tapi saya tak pernah belajar main instrumen ni dalam kelas muzik yang formal.

Ramai orang tanya saya kalau saya tak masuk kelas, daripada mana saya dapatkan lesson dram ni. Jawapannya, saya sebenarnya belajar dari YouTube je.

Inilah hasil yang saya dapat selama 4 tahun saya belajar main dram.

Macam mana OK ke tak OK?

Kalau tak puas, apa kata tengok cover terbaru lagu Carry On nyanyian 'Avenged Sevenfold' yang baru saya upload 18 April lepas.

Untuk pengetahuan semua, saya dah buat lebih daripada 60 cover kat YouTube. Daripada lagu metal, pop, rock, dangdut sampailah hindustan, semuanya saya cover.

Image via youtube.com

Saya dah guna YouTube sejak dari tahun 2013 lagi. Boleh tengok saya beraksi kat sini.

Alhamdulillah bakat saya sekarang makin orang nampak dan lebih berkembang. Saya banyak dijemput hadir pergi ke rancangan TV macam Malaysia Hari Ini kat TV3...

... dan Selamat Pagi Malaysia dan Apa Kata Wanita kat TV1.

Rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Image via Facebook Nur Amira Syahira Official

Rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Image via Facebook Nur Amira Syahira Official

Rancangan Apa Kata Wanita.

Image via Facebook Nur Amira Syahira Official

Tahun lepas pulak, saya dapat jadi drummer untuk kumpulan Instinct Band masa Pesta Penang 2014. Saya sorang je budak kecik. hehe :D

Saya teruja sangat sebab dapat jumpa ramai selebriti popular kat Malaysia, contohnya Mawi dan Elizabeth Tan.

Tapi yang paling best, saya dapat jumpa YB Khairy Jamaluddin dan akak Nora Danish. Siap dapat bergambar!

Baru-baru ni, saya ada masuk pertandingan Hit Like A Girl 2015 mewakili Malaysia. Saya kena bersaing dengan 118 peserta lain dari seluruh dunia!

Hit Like A Girl 2015 ialah pertandingan bermain dram yang perempuan je boleh masuk. Ada dua kategori iaitu bawah 18 tahun dan 18 tahun ke atas.

Paling saya tak sangka, saya dapat jadi salah sorang daripada 23 finalis! Bukan tu je, saya jugak dapat undian paling tinggi dalam pertandingan ni. Syukur Alhamdulillah.

Doakan saya menang OK? Apa-apa pun, kalau nak tahu pasal saya lagi, saya ada Instagram, Twitter dan Facebook yang anda boleh follow. Terima kasih semua!

Oh sebelum saya terlupa, trademark saya ialah "main dram dalam senyuman." Jadi, senyum! :)

Image via youtube.com

Sebelum ini, seorang gadis 17 tahun dari Indonesia, Meliani Siti Sumartini memukau ramai orang dengan kemahirannya bermain gitar. LIHAT SINI:

Baca juga kisah pilu adik Ainaa Amanda Shazali atau lebih dikenali dengan gelaran "budak tangan di syurga":

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment