kemalangan maut di federal highway 4 pg 20 april 2013
Lebuhraya Perseketuan atau lebih dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia. Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013), kami dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan lebih daripada 12 orang. Menurut maklumat yang diterima, 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi). Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 biji kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan bergelimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus tangan, putus kaki dan terputus dua. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan.
http://www.blogammar.com/gambar-dan-video-kemalangan-maut-di-lebuhraya-persekutuan/
Gambar dan Video Kemalangan Maut di Lebuhraya Persekutuan Berita tergempar 21 April 2013, satu kemalangan maut melibatkan ramai mangsa telah berlaku di
blogammar.com