[TERKINI] Seorang Lagi Guru Ditembak Mati Sembilan Kali Di Kulim
Apakah yang kerajaan akan lakukan berikutan kes tembak guru yang banyak berlaku kebelakangan ini?
K. Shanmugan ditembak sembilan kali oleh dua lelaki bermotosikal
Kira-kira jam 12:25 tengah hari, K.Shanmugam, 45, yang memandu dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, tempatnya mengajar, telah ditembak oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali.
peraktoday.comSebaik sahaja tiba di lokasi terbabit iaitu berhampiran satu persimpangan lampu isyarat, dua lelaki bermotosikal menghampiri bahagian kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandunya lalu melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.
utusan.com.myThe shooter was believed to have used a 9mm automatic pistol based on bullet shells found at the scene.
asiaone.com"Mangsa yang berlumuran darah dilihat meronta-ronta di kerusi penumpang depan sebelum terduduk diam," katanya.
utusan.com.mySeorang saksi pula berkata, dia hanya menyedari pembunuhan berkenaan setelah keretanya dari jenis Perodua VIVA dilanggar dari belakang oleh sebuah Toyota Wish yang dipandu oleh Shanmugam.
peraktoday.comSiasatan polis setakat ini
Dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau kecuali kes samun pada Jun 2013 di daerah Kulim, Kedah. Dia juga dikatakan seorang ahli dalam kumpulan kongsi gelap Geng 36 dan terlibat dalam pengedaran najis dadah.
peraktoday.comPolis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemukan beberapa butir kelongsong peluru yang dipercayai digunakan suspek. Polis masih menyiasat motif pembunuhan itu dan sekiranya kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pembunuh upahan.
utusan.com.my"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
blogspot.com"Kita tidak mahu suatu hari nanti murid pula mati ditembak di bilik darjah ketika guru mengajar." Apakah yang kerajaan akan lakukan?
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman mengesa Kementerian Pendidikan mengambil perhatian serius atas kejadian seperti ini dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.
harakahdaily.netKatanya yang turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan skim insurans sebagaimana yang diperuntukan kepada setiap pelajar untuk semua guru di samping bantuan kepada mana-mana ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah seperti ini.
harakahdaily.netLatar belakang dan ‘sisi gelap’ guru-guru berkenaan yang menyalahi undang-undang, barangkali merupakan punca utama mengapa peluru menjadi asbab kepada maut mereka.
peraktoday.comKes ini kes ketiga guru ditembak dalam bulan Julai 2013
Empat hari sebelum itu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan telah ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali. Tembakan mengenai lehernya. Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan
peraktoday.com