news

Kicap "Halal" Dijual Dalam Botol Arak?

Sebuah sindiket bukan sahaja menjual kicap tiruan, malah mengisinya dalam botol arak sebelum menjuallkannya kepada orang ramai. Lebih-lebih lagi, botok arak isi kicap itu disertakan label tanda halal.

Cover image via

Pada Mac 2013, seorang pengguna terkejut apabila mendapati kicap yang dibelinya diisi dalam botok arak

Pada Mac 2013, seorang pengguna terkejut apabila terjumpa kicap yang dibeli diisi dalam botok arak

Image via sinarharian.com.my

Seorang pengguna terkejut apabila kicap yang dibeli di salah sebuah pasar raya dekat sini didakwa menggunakan bekas botol arak. Pengguna yang hanya dikenali sebagai Ani, 45, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia membeli kicap buatan bumiputera itu di salah sebuah pasar raya, di sini.

sinarharian.com.my

“Anak saya memberitahu botol kicap yang dibeli itu seperti botol arak, kemudian saya memeriksa bahagian bawahnya dan mendapati ada tertulis jenama arak di situ,” katanya.

melayukini.net

“Walaupun mempunyai tanda halal pada label botol, penggunaan bekas botol arak oleh pihak pengeluar kicap itu menyebabkan saya ragu-ragu untuk menggunakannya.

sinarharian.com.my

Botol arak isi kicap itu dikatakan diimport dari Thailand malah disertakan tanda halal

Botol arak isi kicap itu dikatakan diimport dari Thailand malah dilabelkan logo halal

Image via astroawani.com

Perasaan jijik dan kecewa dengan sikap pengusaha, yang tidak bertanggungjawab terhadap sensitiviti pengguna Islam di negara ini, apabila botol arak yang di import dari Thailand dipekat semula dengan isian kicap tiruan serta dilabelkan logo halal.

malaysiandigest.com

10 September, PPDNKK menyerbu kilang kicap tersebut dan merampas 2,000 botol kicap tiruan

Image via imgur.com

Kilang tersebut di Cheras.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Kegiatan seorang pengusaha kicap mengeluarkan kicap tiruan jenama ABC dan sebahagiannya menggunakan botol arak terbongkar selepas rumah kedai yang dijadikan kilang di Taman Taynton, Cheras di sini diserbu pihak berkuasa hari ini.

utusan.com.my

Dua stor dan sebuah kilang haram yang terletak di Taman Tayton, Cheras ini diserbu hasil maklumat orang ramai. Pemeriksaan mendapati premis ini kotor selain mengabaikan ciri-ciri keselamatan.

tv3.com.my

Turut dirampas 20,000 botol kosong yang akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap tiruan berkenaan.

utusan.com.my

Hasil serbuan ratusan botol kicap bernilai RM150,000 di rampas, ketika serbuan jam 1 tengahari tadi seorang lelaki dan juga pengusaha kilang manakala lima pekerja asing sempat melarikan diri.

malaysiandigest.com

Sindiket ini telah beroperasi selama 2 tahun dan menggunakan jenama kicap yang telah dimansuhkan pada 2006

Image via imgur.com

Sindiket ini telah beroperasi selama 2 tahun dan menggunakan jenama kicap yang telah dimansuhkan pada 2006

Image via imgur.com

Risikan dipercayai sindiket sudah beroperasi sejak dua tahun dan diedarkan di sekitar Lembah Klang. Menurut Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur Abu Samah Shabudin, kicap terbabit dijual dengan harga pasaran iaitu RM7.50 sen.

astroawani.com

Jelasnya label dan penutup yang digunakan juga didapati dimansuhkan pemilik sebenar sejak tujuh tahun lepas. Kes di siasat mengikut seksyen 8 Akta Prihal Dagangan 2011, jika disabit kesalahan boleh di denda RM10,000 bagi setiap permit.

astroawani.com

Benda-benda hairan yang berlaku sekitar anda? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS

Image via imgur.com

Get all latest news here on SAYS (@SAYSdotMY). Tweet us and let us know what's happening around you! We'll feature it on SAYS.

twitter.com

SAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produce and brought to you by Malaysian social media users!

facebook.com

You may be interested in: