Wanita Myanmar Dakwa Mayat Reput Adalah Anak Saudaranya
27 May 2013 - Di Bukit Mertajam, seorang lelaki dijumpai mati dalam keadaan reput tanpa kepala dan badannya. Mayatnya yang disyaki seorang warga Myanmar dijumpai di dalam semak berhampiran sebuah masjid.
Mayat lelaki tanpa kepala dan badan dalam keadaan reput dijumpai dalam semak di Bukit Mertajam
Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan mengerikan tanpa kepala dan badan di dalam semak berhampiran Masjid Jalan Baru, di sini hari ini.
themalaysianinsider.comMayat dari paras pinggang ke bawah, berseluar jeans itu ditemui pada 12 tengah hari oleh orang awam yang menebang pokok di dalam semak berkenaan.
sinarharian.com.myThe highly-decomposed body of a man believed to be a 28-year-old Myanmar national was found in some bushes at Kampung Jalan Baru off Jalan Baru near here.
thestar.com.myCentral Seberang Prai deputy OCPD Supt Baharom Abu said the man was believed to have been dead for about two weeks.
thestar.com.mySeorang wanita warga Myanmar mendakwa mayat itu anak saudaranya yang telah hilang diri
Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat itu tetapi seorang wanita warga Myanmar mendakwa mayat itu adalah anak saudaranya berdasarkan seluar jeans berwarna hitam yang dipakai mangsa.
themalaysianinsider.comMayat lelaki warga Myanmar itu, Osman Anwar, 28, disahkan oleh ibu saudaranya, Sarah Moghul, 44.
utusan.com.mySarah Moghul, 44, berkata anak saudaranya berumur 28 tahun yang juga warga Myanmar dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu selepas keluar menunaikan solat Subuh di Masjid Jalan Baru.
bernama.com"Dia memakai baju T warna ungu dan seluar jean warna coklat semasa keluar dari rumah untuk menunaikan solat subuh di sebuah masjid berhampiran sejak 28 April lalu.
utusan.com.myKatanya sejak kehilangan anak saudaranya itu beliau dan suami, Hussin Mohd Rafik, 45, berusaha mencari pemuda berkenaan di merata tempat termasuk bertanyakan rakan-rakannya, bagaimanapun gagal.
kosmo.com.myShe told reporters that she tried to contact the deceased several days ago but was unsuccessful. “When I called him the first time, the phone rang, but he did not answer. “When I tried the second time, the line was not reachable,” she said.
thestar.com.myMangsa dikatakan seorang pekerja kontrak yang mengirm wang kepada keluarganya di kem pelarian Rohingya
Sarah berkata anak saudaranya itu menetap di negara ini sejak dua tahun lepas dan melakukan kerja kontrak bagi membantu keluarganya yang kini berada di kem pelarian Rohingya di Myanmar.
bernama.com“Arwah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap dan selalu mengirimkan wang gajinya kepada keluarganya di Myanmar setiap bulan.
sinarharian.com.my“Arwah merupakan anak kedua daripada lima beradik dan menjadi harapan keluarga. “Kawan serumahnya memaklumkan, kali terakhir dia dilihat ketika meninggalkan rumah untuk solat Subuh di masjid berhampiran,” katanya.
sinarharian.com.myPolis kata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Supt Baharom Abu ketika ditemui di tempat kejadian berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
sinarharian.com.my"Identiti mayat masih belum diketahui kerana tiada pengenalan diri ditemui bersamanya. Namun, ada pengecaman dibuat seorang lelaki dan mendakwa mayat itu milik anggota keluarganya,” katanya.
kosmo.com.mySupt Baharom said the identity of the deceased would be released after the post-mortem.
thestar.com.my