Nenek 94 Tahun Tok Munlah Calon Paling Tua #PRU13
Nenek Maimun Yusof, 94, mengambil hati warga Malaysia apabila dia menunaikan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya tahun 2012. Walaupun dia kalah, semangatnya tidak berputus kerana dia bertekad untuk bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Terengganu sekali lagi! 'Follow this story' untuk mengikuti kempen nenek sebagai calon bebas ini.
Pencalonon Tok Mun, 94, diterima
Calon bebas yang luar biasa dan menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia, Maimun Yusuf, 94,..
relevansokmo.comMaimun Yusof, 94, atau lebih mesra dipanggil Tok Mun menjadi bakal calon terawal mendapatkan borang penamaan calon
relevansokmo.comCalon paling tua di Terengganu, dan mungkin di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13, Maimun Yusof, 93, sekali lagi bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Terengganu.
themalaysianinsider.comPencalonan warga emas itu diterima oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu Datuk Adzlan Dagang hari ini.
sinarharian.com.myTok pilih simbol ini supaya hati pengundi-pengundi tok yang terkunci dapat dibuka supaya dapatlah mengundi tok untuk menang,” katanya
themalaysianinsider.comPenyertaan Tok Mun menyebabkan kerusi Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Zubir Embong dan calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta dia.
sinarharian.com.myTok Mun yang berbaju kurung coklat tiba di perkarangan Stadium Negeri seawal pukul 7 pagi dengan menaiki kereta sewa ditemani cucu angkatnya Nur Haslinda Mustafa, 31, yang menjadi pencadangnya.
themalaysianinsider.comNenek Maimun Yusof, 94, telah mendapat borang penamaan calon
Maimun Yusof, 94, yang juga calon tertua di negeri ini adalah yang terawal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu.
terbakor.comMaimun Yusof, 94, akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon.
utusan.com.myMaimun Yusof, 94, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008, kali ini menawarkan diri sebagai calon di kawasan pilihan raya parlimen yang sama - Kuala Terengganu.
malaysiakini.comThe affable grandmother of 19 said she would like to use the symbol of a palace, if the EC allows it.
straitstimes.comTok Mon berkata beliau bertanding kerana berasa bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat seperti golongan miskin dan warga tua.
malaysiakini.comDitanya mengenai modal untuk bertanding, Tok Mon berkata beliau tidak risau kerana anak-anak buahnya akan membantu. "Tok ini minta dengan orang. Untuk kempen nanti pandailah Tok buat."
malaysiakini.comTok Maimun Yusof kata tok akan jaga hati rakyat jika menang
“Alhamdulillah, tok (saya) masih sihat untuk bertanding. Semalam tok tengok TV (televisyen) sudah bubar Parlimen. Sebab itu tok mari pejabat SPR nak ambil borang.
terbakor.com"Menang (atau) kalah, tok bertanding sahaja sebab mengingatkan amanah orang," kata Tok Maimum kepada pemberita.
malaysiakini.com"Kalau kalah pun biarlah nak buat macam mana. Tetapi harap-harap Tok menang," kata Maimun yang dikenali dengan panggilan Tok di kalangan penduduk setempat ketika ditemui di rumahnya petang tadi.
malaysiakini.com“Kalau Tok menang, Tok nak jaga hati rakyat yang menyokong Tok. Orang-orang susah Tok nak bagi rumah kepada mereka,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Jalan Panji Alam di sini.
kualalumpurpost.netBukan kali pertama Tok Maimun ini bertanding dalam pilihan raya
Pada PRU Ke-12, Tok Mun bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail dan PAS, Mohamad Sabu.
bharian.com.myPada pilihan raya umum 2008, Maimun yang menjadi calon tertua, mengaku kepada media beliau mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk membayar deposit bagi melayakkannya bertanding.
kualalumpurpost.netBagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.
blogspot.comSekalipun tewas dan hilang deposit pada pilihan raya umum itu, nenek berusia 93 tahun ini menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa.
kualalumpurpost.netBeliau cuba bertanding pada empat pilihan raya umum sebelum itu namun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak memenuhi syarat.
kualalumpurpost.netTentang warga emas nenek Maimum Yusof
Dilahirkan pada 1919, Maimun yang tinggal di sebuah rumah usang bersama beberapa orang cucu, jelas masih kuat dan sihat dengan deria penglihatan dan pendengaran yang baik.
kualalumpurpost.netTok Maimun Yusoh berumur 94 dan mempunyai 19 orang cucu.
straitstimes.comRumahnya daif, periuk di dapurnya berselerak dan kain baju pula bertaburan di dalam rumahnya kerana beliau hanya tinggal seorang diri di rumah itu.
malaysiakini.comMaimun juga sebenarnya seorang penerima bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu.
malaysiakini.com