[TERKINI] Ujian Kehamilan Wajib Untuk Pelatih PLKN Perempuan
Pagi ini (20 Jun 2013), seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) muda melahirkan bayi dalam tandas kem di Segamat.
Ujian kehamilan untuk pelatih perempuan diwajibkan
Ujian Kehamilan Pelatih Wanita PLKN Tidak Akan Dibatalkan
terbakor.comKementerian Pertahanan tidak akan membatalkan ujian kehamilan kepada pelatih wanita yang akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
kosmo.com.myMenterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu telah dikaji secara mendalam berkaitan aspek sensitiviti dan hak privasi pelatih yang akan menjalani ujian kehamilan.
bernama.comBeliau berkata kajian yang dibuat sebuah jawatankuasa khas diketuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpendapat kelangsungan hidup ibu dan bayi yang dikandung lebih penting serta mengatasi hak privasi pelatih wanita.
kosmo.com.myHishammuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang bertanya adakah kementerian telah mengenal pasti kesan negatif yang timbul dengan pelaksanaan ujian berkenaan.
bernama.comKewujudan peraturan ujian kehamilan pelatih?
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, "Perkara ini perlu diputuskan di peringkat kerajaan kerana ia melibatkan banyak agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat."
utusan.com.myPengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan peraturan mewajibkan setiap bakal pelatih wanita menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
mstar.com.myDalam pada itu, beliau berkata semua aktiviti fizikal hendaklah dilaksanakan di dalam dewan di semua kem di negeri yang menghadapi masalah jerebu yang teruk bagi memastikan keadaan kesihatan pelatih terjaga dan selamat.
mstar.com.myUjian kehamilan tiada dalam peraturan pemeriksaan kesihatan
Abdul Hadi berkata, biarpun terdapat peraturan pemeriksaan kesihatan terhadap bakal pelatih PLKN, namun perkara itu bukan wajib dilakukan dan ujian kehamilan juga tiada dalam peraturan tersebut.
utusan.com.my"Saya ingin menasihati pelatih masa depan untuk menjadi jujur dengan kami. Jangan ambil ringan...jadilah terang dengan kami supaya kita boleh menangguhkan latihan atau memberi pengecualian."
thestar.com.myPelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 18 tahun melahirkan bayi dalam tandas kem
Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.
abnxcess.comPengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
sinarharian.com.myBayi lelaki 2.7 kg itu meninggal dunia
Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
utusan.com.myBagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
harian-metro-online.comPengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
wanista.com“Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya,” katanya.
wanista.comLaporan polis telah dibuat
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
harian-metro-online.comCrazy stuff happening around you? Facebook or Tweet us! We'll feature it on SAYS
JOIN THE GROWING COMMUNITY ON FACEBOOK: SAYS is Malaysia's social news network. Social media users from each country curate, contribute and share trending news stories.
facebook.comGET THE LATEST UPDATES ON TWITTER (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Get today's must-share stories, links & videos.
twitter.com