[TERKINI] Laman JWG: Siti Nurhaliza Mungkin Rugi RM10 Juta
Salah seorang suspek yang dipercayai sebagai pentadbir laman jiwang.org telah ditahan di negeri Kelantan.
Suspek mengaku memiliki dan mengendalikan laman web JWG
"Suspek mengaku memiliki dan mengendalikan laman web JWG. Pemilik laman web dikatakan telah memperoleh ratusan ribu ringgit," kata Pengarah Penguatkuasa Mohd Roslan Mahayudin.
thestar.com.myPersatuan Industri Rakaman Malaysia Ketua Pegawai Eksekutif Tan Ngiap Foo kata, "Koleksi lagu yang besar dijumpai, adanya yang dari Siti Nurhaliza kepada P. Ramlee. Kami menganggarkan bahawa pemegang hak cipta telah mengalami sekurang-kurangnya RM10 juta kerugian dalam tempoh 5 tahun yang lalu."
thestar.com.myPengendali laman web jiwang.org ditahan
Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara ini.
mstar.com.mySebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.
mstar.com.myApakah jiwang.org?
Menurut Kementerian Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), jiwang.org adalah salah satu sumber yang paling popular menyediakan cetak rompak kandungan online di Malaysia, dan menjadi laman pautan kepada filem-filem Hollywood yang popular.
thestar.com.myRuang rahsia dijumpai di rumah suspek 35 tahun di Kelantan
Semasa penahanan di rumah suspek 35 tahun itu di negeri Kelantan, pegawai mendapati ruang rahsia yang hanya boleh diakses melalui almari pakaian, yang membawa ke sebuah bilik yang mengandungi peralatan canggih komputer, TV LED monitor, modem, router dan sambungan Internet tanpa wayar.
bazookapenaka.comApakah yang dirampas?
"Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian," kata Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin.
mstar.com.myApakah yang akan berlaku sekarang?
Sekiranya suspek tersebut didapati bersalah, denda antara RM2000 ke RM20000 akan dikenakan untuk setiap salinan, dan denda antara RM4000 ke RM40000 untuk setiap kesalahan yang seterusnya.
blogspot.comArtikel berkaitan:
Kita terjumpa koleksi ayat-ayat jiwang buat kekasih yang adanya lucu. Jom layan dan kongsi ayat-ayat jiwang yang selalu diguna ini!
says2.comBenda-benda hairan yang berlaku sekitar kamu? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS
Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Tweet us and let us know what's happening around you! We'll look into it.
twitter.comSAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produced and brought to you by Malaysian social media users.
facebook.com