Bagaimana Teknologi Kurun Ke-19 Mampu Mengesan Pesawat MH370?

Bagaimana tiba-tiba sahaja satelit Inmarsat boleh menemui pesawat MH370 selepas 17 hari?

Selepas 17 Hari Operasi Pencarian MH370, Inmarsat Melaporkan Telah Mengesan Isyarat Terakhir Kapal Terbang Tersebut

Logo syarikat Inmarsat

Image via www.marnixgarner.co.uk

Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

utusan.com.my

Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom Mengesahkan Kedudukan Terakhir Pesawat Itu Adalah Di Tengah-Tengah Lautan Hindi

Logo Air Accidents Investigation Branch (AAIB)

Image via www.cedaraudio.com

Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth.

utusan.com.my

Lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan di kawasan Lautan Hindi.

Image via themalaysianinsider.com

AAIB Menggunakan 'Teknik Fenomena Gelombang' Yang Ditemui Pada Kurun Ke-19

Inmarsat mempunyai 3 liputan satelit di 6 benua seluruh dunia.

Image via inmarsat.com

Satelit Britain, Inmarsat menggunakan teknik fenomena gelombang yang ditemui pada kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh isyarat 'ping' yang dicerap satelit itu daripada MH370 untuk memastikan titik destinasi terakhirnya.

sinarharian.com.my

Teknik Fenomena Gelombang Kurun Ke-19 Ini Tidak Pernah Digunakan Dalam Mana-Mana Siasatan Kehilangan Pesawat Sebelum MH370

Kawasan Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Image via ogleearth.com

Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.

utusan.com.my

Menurut Laporan, Pesawat MH370 Menghantar Isyarat 'Ping' Kepada Satelit Secara Berterusan Setiap Jam

7 isyarat telah dikesan Inmarsat datang dari pesawat MH370.

Image via www.cnn.com

Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah dimatikan.

mynewshub.my

Kajian Daripada 'Ping' Tersebut Mendapati Bahawa Pesawat MH370 Pada Mulanya Berkemungkinan Telah Mengambil Dua Laluan

Operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang digerakkan di kedua-dua koridor Utara dan Selatan mulai melibatkan bantuan 26 negara.

Image via miazarraannur.blogspot.com

Satelit Inmarsat turut mengesan isyarat 'jabat tangan' (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi.

utusan.com.my

Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat, Chris McLaughlin (kanan) bercakap kepada Fox News.

Image via foxnewsinsider.com

Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat, Chris McLaughlin berkata “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan.”

siakapkeli.com

Lokasi Pencarian Pesawat MH370 Kemudian Diperkecilkan Melalui Bacaan Rapi Terhadap 'Ping' Dari Kapal Terbang Berkenaan

Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan.

siakapkeli.com

Inmarsat mengesahkan pesawat MH370 telah melalui koridor selatan.

Image via www.smh.com.au

Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain-lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain.

mynewshub.my

7 isyarat 'ping' yang diterima dianalisa. Lokasi pencarian MH370 kemudian diperkecilkan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Image via www.kinitv.com

Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu.

siakapkeli.com

Walau Bagaimanapun, Analisis Mengenai Kelajuan, Paras Bahan Bakar Dan Bagaimana Pesawat Itu Jatuh Ke Lautan Hindi Tetap Tidak Diketahui

Image via www.itv.com

“Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ automatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak. Kami andaikan ia 450 knots.”

siakapkeli.com

“Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap,” kata Chris McLaughlin.

mynewshub.my

Leave a comment