Pada Masa Seperti Ini, Perlukah Rakyat Malaysia Meniru Aksi Raja Bomoh Atas Magic Carpet?

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zain yang mendakwa dirinya telah nampak pesawat MH370 menjadi topik perbualan hangat masa kini.

[VIDEO] Raja Bomoh Sedunia Buat Ritual Terbaru Di Tepi Laut Cari Penumpang MH370

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.

suara.tv

Image via imgur.com

Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

suara.tv

Selain Teropong, Raja Bomoh Kali Ini Turut Menggunakan Kerantung Kayu Dan Buluh Runcing

“Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa."

blogspot.com

“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujar Raja Bomoh.

blogspot.com

"Saya Ada Pertalian Darah Dengan Datuk Maharajalela" Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zain

Image via googleusercontent.com

Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an.

themalaysianinsider.com

Lelaki berusia 80 tahun dari Sungai Manik, Pasir Salak, Perak itu yang juga guru seni mempertahankan diri, berkata dia sudah membantu ramai orang sejak berusia 10 tahun.

kitabantai.info

Siapakah Datuk Maharajalela?

Lakaran Datuk Maharajalela

Image via akarbangsa.blogspot.com

Datuk Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.

pnm.my

Datuk Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.

wordpress.com

Datuk Maharajalela Terkenal Dengan Peristiwa Pembunuhan Residen British, J.W.W Birch Pada Tahun 1875 Di Pasir Salak

Lakaran J.W.W Birch

Image via sejarahtokoh.wordpress.com

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak.

wordpress.com

Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban.

wordpress.com

Tak Cukup Dengan Itu, Raja Bomoh Turut Menyenaraikan Peranannya Dalam Beberapa Kejadian Besar Dalam Negara

Tsunami pada tahun 2004

Image via www.vanhulsenbeek.com

1. Memanggil semula roh mangsa tsunami 2004. themalaysianinsider.com

Runtuhan Highland Tower pada 1993

Image via kianfai87.blogspot.com

2. Mengesan mayat mangsa kondominium Highland Tower yang runtuh pada 1993. themalaysianinsider.com

Mona Fendy

Image via akakdisebalikpintu.blogspot.com

3. Melemahkan ilmu hitam Mona Fendy supaya hakim boleh menjalankan tugasnya tanpa diganggu di mahkamah Temerloh di Pahang, di mana Mona Fendy akhirnya disabitkan bersalah membunuh ahli politik pada 1993 dan dihukum gantung. themalaysianinsider.com

[VIDEO] Raja Bomoh Nak Saman Anwar Ibrahim RM300 Juta

Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama ‘Raja Bomoh’ dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan.

malaysia-today.net

Raja Bomoh Sedunia

Image via www.ibtimes.co.uk

“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datang ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.

malaysia-today.net

“Saya Akan Saman Anwar Sebanyak RM300 Juta Kalau Dia Main-Mainkan Saya. Biadap. Kamu Hakim Agama Ke?” Tegas Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP

“Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan saman malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal. Dia cakap dalam Parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan,” bidasnya.

peraktoday.com.my

Anwar Ibrahim Sebelum Ini Menggesa Agar Siasatan Segera Dilakukan Terhadap Raja Bomoh Tersebut

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via www.japantimes.co.jp

“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh 1Malaysia? Mana pergi Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)? Mana pergi menteri yang membiarkan perkara itu berlaku?"

blogspot.com

“Bila bomoh buat sebegitu, panggil pula media antarabangsa (buat liputan), tak malukah kita? Ini (perbuatan) syirik,” soal Anwar.

peraktoday.com.my

Bukan Setakat Anwar Malah Khairy Jamaluddin Turut Diugut Dengan Penampar Macam Buaya

Tweet KJ

Image via imgur.com

Khairy berkata tindakan bomoh melakukan upacara dengan menggunakan carpet amat memalukan. Video upacara tersebut tersebar secara meluas di laman sosial. Beliau menyatakan kekecewaannya itu melalui akaun Twitter rasmi beliau.

malaysia-today.net

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata “Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya."

malaysia-today.net

Image via facebook.com

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu," tambah Ibrahim.

tranungkite.net

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

tranungkite.net

16 Mac: Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Teropong Di Teluk Intan Pula

Acara teropong Raja Bomoh Sedunia di Teluk Intan

Image via melvister.com

Pada 16 Mac 2014, Ibrahim Mat Zain mencuri tumpuan orang ramai di Teluk Intan apabila menggunakan alat simbolik teropong untuk membuat ramalan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 20014.

melvister.com

Image via melvister.com

Mestipun tindakan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zain dikecam dan dihalang untuk membuat ritual di KLIA, namun tidak memutuskan semangat beliau untuk meneruskan misi pencarian MH370 dilokasi baru.

melvister.com

Tetapi Kali Ini, Beliau Melakukan Ritual Teropong Tersebut Sendirian Tanpa Pembantu

Beliau lakukan bersendirian tanpa dibantu oleh para pembantunya .. tiada permaidani ajaib terbang, buah kelapa muda, labu sayung dan bakul tapah ... Sekadar menggunah teropong bulu sahaja. Gelagat beliau mendapat perhatian beberapa penduduk setempat yang ingin melihat apa lagi yang beliau mau lakukan.

negarakita.com

Image via ohmedia.my

Image via melvister.com

Image via ohmedia.my

Image via melvister.com

Sampai Bila Perkara Ini Akan Berlarutan?

Image via tumblr.com

14 Mac: Raja Bomoh Sedunia Mengugut Untuk Menyaman Pihak Yang Menuduh Ritualnya Melanggar Syariat Islam

Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai 'Raja bomoh' dilaporkan akan mengambil tindakan itu ke atas pihak yang mendakwa kaedah perbomohannya itu bertentangan dengan syariat Islam.

malaysiakini.com

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja."

harakahdaily.net

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya.

harakahdaily.net

Menurut BBC, Perkataan 'Bomoh' Didapati Dimuat Naik Lebih 200,000 Kali Di Twitter

BBC News

Image via ziferblat.net

The word "bomoh" has now been tweeted more than 200,000 times, and the overwhelming sentiment appears to be shame.

bbc.com

Image via www.veooz.com

"It's so embarrassing to have 'Malaysia' and 'Bomoh' in the same sentence" tweeted one.

bbc.com

"Stupid, shameful", and "ignorant", others tweeted back to BBC Trending.

bbc.com

Ada Pihak Yang Mendakwa Jemputan Nujum VIP Ke KLIA Itu Ada Kena Mengena Dengan UMNO

There is some confusion over whether the Bomoh's public displays were made at the request of the government itself. On Monday he claimed to have been invited by one of the country's top leaders, but on Wednesday he said he was working of his own volition.

bbc.com

Datuk Seri Shahidan Kassim

Image via www.ammboi.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat MH370.

themalaysianinsider.com

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu. "Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” jelas beliau.

themalaysianinsider.com

Beberapa Hari Lepas, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zain Mendakwa Dirinya Mampu Mencari Pesawat MH370 Yang Hilang

Antara kaedah yang digunakan Ibrahim Mat Zain

Image via terengganutoday.com

“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita.

terengganutoday.com

Beliau Turut Memberitahu Bahawa Pesawat MH370 Itu Sedang 'Tergantung' Antara Tiga Negara

Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa, berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

sinarharian.com.my

“Saya nampak pesawat itu 'masih tergantung di ruang udara', di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit. Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib”, katanya.

sinarharian.com.my

Ramai Berpendapat Ritual Yang Dilakukan Bomoh VIP Itu Tidak Masuk Akal Dan Merupakan Ajaran Sesat

Tweet Khairy Jamaluddin

Image via imgur.com

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Image via thestar.com.my

The Government welcomes any help to trace missing Malaysia Airlines Flight MH370 including from "bomohs" (shamans) so long as their methods do not contravene Islam, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

thestar.com.my

"We appreciate all help but where it comes to mysticism, the methods used must conform to Islamic teachings," he told reporters after attending the 35th National-level Quran Recital Programme on Monday (10 March).

thestar.com.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menyelar Pihak Yang Mendapatkan Khidmat Bomoh Khurafat Dalam Mencari Pesawat MH370

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha

Image via www.metalsucks.net

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau bantuan bomoh adalah harus di dalam Islam, namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.

utusan.com.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Image via vectorise.net

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak."

themalaysianinsider.com

"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya.

themalaysianinsider.com

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Atau Lebih Dikenali Sebagai Dr. Maza Turut Mengecam Tindakan Raja Bomoh Sedunia Itu

Dr. Maza

Image via freemalaysiatoday.com

Kenyataan Dr. Maza di laman Facebook beliau

Image via imgur.com

“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam.”

freemalaysiatoday.com

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam."

malaysiakini.com

“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

malaysiakini.com

Saksikan Video Sedutan Ritual Bomoh 'Magic Carpet' DI SINI:

Ternyata, Ritual Nujum VIP Ini Telah Menjadi Viral Sehingga Dijadikan Bahan Ketawa Orang Ramai

Image via akamaihd.net

Aksi Tiruan Ritual Nujum VIP Yang Merebak Ini Jelas Sekali Tidak Mempedulikan Sensitiviti Keluarga Mangsa Pesawat MH370

Image via lowyat.net

Image via facebook.com

Kemana Hilangnya Sensitiviti Rakyat Malaysia? Daripada Kanak-Kanak Sehingga Kepada Golongan Dewasa, Masing-Masing Menunjukkan Bakat Mereka Dalam Meniru Aksi Nujum VIP

Image via facebook.com

Orang Ramai Juga Mengaitkan Ritual Tersebut Dengan Cerita P. Ramlee Bertajuk 'Laksamana Do Re Mi'

Seorang Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Serta Meminta Orang Bukan Islam Agar Tidak Memandang Islam Hanya Melalui Ritual Tersebut

Luahan seorang netizen di laman Facebook

Image via imgur.com

Kini, Pemantauan Akan Dikuat Kuasakan Di KLIA Bagi Menghalang Ritual Yang Sama Diadakan Pada Masa Akan Datang

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Image via akarimomar.wordpress.com

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.

mstar.com.my

Ibrahim Mat Zain serta pembantunya

Image via wargamarhaen.blogspot.com

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

themalaysianinsider.com

Sepasukan 15 pegawai dan anggota Jais melakukan pemantauan di Anjung Tinjau, KLIA selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua.

themalaysianinsider.com

Persoalannya, Siapakah Ibrahim Mat Zain, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ini?

Ibrahim Mat Zain, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP

Image via panggungopera.blogspot.com

Kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

malaysiakini.com

Nujum VIP Ini Dikatakan Pernah Terlibat Dalam Penyelesaian Tragedi Highland Tower Dan Juga Pembatalan Ilmu Hitam Mona Fendy

Highland Tower

Image via wikipedia

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

malaysiakini.com

Mona Fandey

Image via www.bazookapenaka.com

Kejayaan Kareer Bomoh: Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

melvister.com

Yang Menghairankan, Ibrahim Mat Zain Sebelum Ini Pernah Dilabel Sebagai Bomoh Ajaran Sesat Yang Bercanggah Dengan Ajaran Islam

Image via melvister.com

Dalam keadaan JAKIM dan JAIS mengeluarkan arahan menghalang Raja Bomoh menjalankan ritual beliau di KLIA, maka sepatutnya Ibrahim Mat Zin wajar mendedahkan siapakah VIP yang mengundang beliau ke situ. Malah, VIP terbabit sepatutnya tampil mempertahankan tindakan beliau.

blogspot.com

Kenyataan Panel Kajian Akidah JAKIM pada tahun 2004

Image via imgur.com

Jika ini keadaannya, maka VIP berkenaan jelas telah melanggar fatwa yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri yang telah memutuskan rawatan tradisional yang dijalankan oleh Raja Bomoh terbabit adalah bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan itu.

blogspot.com

Leave a comment