news

23 Inisiatif 1Malaysia Yang Diperkenalkan Najib

Tahukah anda Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan sebanyak 23 inisiatif 1Malaysia? Hari ini, 3 April 2013 merupakan ulang tahun keempat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Marilah kita mengenang kembali inisiatif-inisiatif 1Malaysia yang beliau telah memperkenalkan sepanjang empat tahun perkhidmatannya. Adakah inisiatif 1Malaysia ini benar-benar membantu ataupun kebaziran masa dan wang? Apakah pendapat anda?

Cover image via

Semakan Keputusan Rayuan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) 2013

Para pemohon yang sebelum ini tidak mendapat BR1M 2.0 dan telah mengemukakan rayuan boleh mengetahui keputusan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 pada minggu pertama bulan April 2013.

beckhrooy.com

Inisiatif 1Malaysia

Koleksi inisiatif 1Malaysia

Image via imgur.com

1. P1MPIN - Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja Dan Peniaga Kecil Nasional

P1MPIN - Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja Dan Peniaga Kecil Nasional

Image via hmetro.com.my

Skim ini memberi jaminan kepada golongan ini dalam memberi perkhidmatan dan menyediakan persekitaran yang baik dan selamat untuk orang ramai

bharian.com.my

2. Klinik Katarak 1Malaysia

Klinik Katarak 1Msia

Image via utusan.com.my

Dianggarkan sehingga kini seramai 300,000 rakyat mengalami masalah katarak. Pada tahun 2010 hanya 28,500 orang pesakit sahaja yang menjalani pembedahan katarak.

malaysiandigest.com

3. 1AZAM - Akhiri Zaman Miskin

1AZAM - Akhiri Zaman Miskin

Image via 1azam.my

"Untuk mengurangkan jurang perbezaan antara golongan berada dan miskin, kementerian dan rakan-rakan melalui program 1AZAM membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan.

sinarharian.com.my

4. Pusat Bersalin Berisiko 1Malaysia

"Untuk seorang yang bersalin di sini hanya RM3 sahaja dikenakan termasuk rawatan, bilik, ubat-ubatan dan makanan...ini merupakan kadar bayaran yang barangkali terbaik dunia," Perdana Menteri berkata.

mstar.com.my

5. Klinik 1Malaysia

Klinik 1Malaysia

Image via blogspot.com

RM sahaja untuk rawatan. "Secara purata, seramai 151 pesakit menerima rawatan di klinik tersebut setiap hari iaitu melebihi 100 orang yang disasarkan kementerian," Liow Tiong Lai kata.

utusan.com.my

Perlu diingatkan klinik hanya menjalankan pemeriksaan kesihatan yang biasa sahaja. Sebarang pemeriksaan lanjutan perlu di rujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital.

blogspot.com

6. Klinik Bergerak 1Malaysia

Klinik Bergerak 1Malaysia

Image via barisannasional.org.my

Perkhidmatan ini akan membolehkan penduduk di kawasan terpencil khususnya yang tidak mempunyai akses terhadap perkhidmatan kesihatan mendapat rawatan kesihatan terbaik daripada kerajaan.

utusan.com.my

7. Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia

Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia

Image via sinarharian.com.my

Tiga juta pemegang kad pintar itu menikmati potongan harga bagi barangan dan perkhidmatan antara lima dan 50 peratus di 2,170 premis perniagaan di seluruh negara.

themalaysianinsider.com

8. Program Susu 1Malaysia

Program Susu 1Malaysia

Image via blogspot.com

Program ini membantu pelajar untuk lebih matang dalam cara pengambilan susu yang betul dan menyemarakkan program kesedaran mengenai kepentingan susu yang menjadi asas kepada tumbesaran kanak-kanak.

utusan.com.my

Terdapat sumber mengatakan tender projek susu ini sebenarnya dimonopoli oleh kroni Muhyiddin Yassin, bagi negeri Pahang dan wilayah tengah pula diberikan kepada kroni PM Najib Razak.

blogspot.com

9. iTR1M - Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia

iTR1M - Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia

Image via cntsb.com

Seramai 10,000 pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah di Selangor berpeluang mendapat kemudahan tuisyen percuma menerusi iTr1M diperkenalkan kerajaan Persekutuan.

hmetro.com.my

Kenapa hanya 107 buah sekolah Selangor sahaja yang perlu ditingkatkan prestasinya dan yang lain diabaikan? Kita tidak mahu ianya hanya untuk menjaga kepentingan politik pihak tertentu sahaja.

blogspot.com

10. BB1M - Bantuan Buku 1Malaysia

BB1M - Bantuan Buku 1Malaysia

Image via nst.com.my

Rata-rata pelajar yang ditemui bersyukur kerana bantuan itu dapat menampung keperluan membeli bahan rujukan dan bacaan yang mahal.

utusan.com.my

Penggunaan baucer buku sangat terhad. Kedai yang boleh digunakan untuk baucer buku mula terhad, nak beli printer pun dah tak boleh. Nak bagi pun aku rasa macam tak ikhlas jer.

ammboi.com

11. SL1M - Skim Latihan 1Malaysia

SL1M - Skim Latihan 1Malaysia

Image via blogspot.com

Siswazah menganggur yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan.

myhazman.com

12. KK1M - Kedai Kain 1Malaysia

KK1M - Kedai Kain 1Malaysia

Image via blogspot.com

Dengan menjual kain ela serendah rm6 semeter dan kain langsir juga serendah rm6 semeter dapatlah rakyat luar bandar dan yang kurang berkemampuan mendapat kain dan pakaian yang berkualiti.

blogspot.com

13. KR1M - Kedai Rakyat 1Malaysia

KR1M - Kedai Rakyat 1Malaysia

Image via blogspot.com

Berikutan sambutan menggalakkan terhadap KR1M, bilangan KR1M dan produk yang dipasarkan akan ditingkatkan lebih kepada 300 jenis barangan keperluan pada tahun ini.

utusan.com.my

Pada November, susu tepung and sos cili itu 1Malaysia didakwa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

malaysiakini.com

14. KIR1M - Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia

KIR1M - Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia

Image via blogspot.com

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dimiliki Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) jual pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 – 40 % lebih murah.

beritasemasa.com

Sekaligus pada masa yang sama, pemborong ikan amat gelish apabila kerajaan menaikkan dan mempermainkan harga ikan di pasaran dengan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini.

blogspot.com

15. SK1M - Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia

SK1M - Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia

Image via blogspot.com

SK1M akan menjadi satu prasyarat bagi mendapatkan pensijilan lain melalui perkongsian di antara kementerian dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

halalmedia.com.my

16. Menu Rakyat 1Malaysia

Menu Rakyat 1Malaysia

Image via utusan.com.my

Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap, berkualiti dan murah.

beritasemasa.com

Rakyat biasa dicaj harga Rm6 untuk menu rakyat ini sementara Najib hanya dicaj harga RM3 untuk lauk yang sama.

beritasemasa.com

17. TR1MA - Teksi Rakyat 1Malaysia

TR1MA - Teksi Rakyat 1Malaysia

Image via utusan.com.my

Pemandu teksi, Shahidan Mahyaddin, 48, berkata bantuan itu dapat meringankan beban mereka untuk menampung kos penyelenggaraan kenderaan yang semakin meningkat.

peraktoday.com

Ucapan PM berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah mengikat janji untuk mengundi BN dan lesen hanya akan diberi untuk kereta Proton Exora.

says2.com

18. BR1M - Bantuan Rakyat 1Malaysia

BR1M - Bantuan Rakyat 1Malaysia

Image via blogspot.com

BR1M melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia.

1malaysia.com.my

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian BR1M kepada rakyat seperti memberi makan hampas kelapa kepada ayam dan lembu.

bharian.com.my

19. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Image via blogspot.com

20. AS1M - Amanah Saham 1Malaysia

AS1M - Amanah Saham 1Malaysia

Image via blogspot.com

"Sebanyak 336,411 pemegang unit, yang kini memegang 8.02 bilion unit AS1M, akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini," Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata.

namaberita.com

21. KAR1SMA - Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia

KAR1SMA - Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia

Image via utusan.com.my

Bagi barangan asas, antara bantuan yang diberi termasuk rebat bil elektrik kepada isi rumah untuk penggunaan bulanan RM20 ke bawah, KAR1SMA banyak membantu golongan miskin.

malaysiakini.com

Ramai rakyat yang bertanya dan berprasangka bahawa wakil rakyat mereka bersikap pilih kasih jumlah penerima yang diperuntukkan hanya 150 orang di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

utusan.com.my

22. Kad Keistimewaan 1Malaysia

http://4.bp.blogspot.com/-2P1g1wVnAXs/T_KKVNDNjEI/AAAAAAAAAVk/Vnm3mY_mhL4/kad%252520diskaun%252520siswa%2525201malaysia%252520kds1m.jpg

Image via blogspot.com

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu pelajar IPTA dan IPTS menghadapi kenaikan kos harga barangan. ..

amazingnara.com

23. PR1MA - Perumahan Rakyat 1Malaysia

PR1MA - Perumahan Rakyat 1Malaysia.

Image via peraktoday.com

PM kata PR1MA penting bagi menangani dengan segera masalah tekanan kewangan yang dihadapi oleh golongan rakyat berpendapatan sederhana yang tinggal di bandar dan pinggir bandar.

bharian.com.my

You may be interested in: