news

Syiah di Malaysia: 17 Permohonan Kahwin Mut'ah Syiah Dikemukakan Di Sabah

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Noriah Mahat mencadang kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku, novel and karya-karya penulis berfahaman Syiah dengan serta-merta.

Cover image via

'Polis Syariah' Untuk Membanteras Penyebaran Agama Sesat Dan Syiah Di Malaysia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bertujuan untuk membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

astroawani.com

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

sinarharian.com.my

Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

bharian.com.my

"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci," kata Zahid Hamidi.

astroawani.com

Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Image via sinarharian.com.my

Dari 2010 hingga 12, 17 permohonan kahwin Mut'ah pengikut Syiah telah dikemukakan

Puak Syiah buat laporan polis terhadap Mufti Kedah

terbakor.com

Pasangan Syiah Bergelar Profesor Kahwin Mutaah: Pejabat Tempat Lempias Nafsu

terbakor.com

Sebanyak 17 permohonan telah dikemukakan untuk berkahwin secara Mut'ah oleh pengikut Syiah di daerah ini sejak 2010 hingga 2012, kata Mufti Kerajaan Negeri Ustaz Bungsu Aziz Jaafar.

malaysiandigest.com

Menurut beliau permohonan tersebut telah dibuat ke pejabat daerah dan tidak melalui jabatan agama Islam kerana tugas dan tanggungjawab pegawai daerah yang boleh meluluskan permohonan tersebut.

astroawani.com

Katanya, fatwa larangan mengamalkan ajaran Syiah di kalangan umat Islam di
negeri ini terlalu umum dan menyebabkan ahli kumpulan ini berusaha untuk menyebarkan ajaran ini melalui pelbagai cara.

hmetro.com.my

"Antaranya termasuklah perkahwinan secara Mut'ah, jalinan perniagaan, parti
politik, pusat pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan". Menurut Bungsu, ajaran Syiah di Sabah belum berada di tahap membimbangkan.

hmetro.com.my

JAIP merampas batu suci serta barang-barang ajaran Syiah dalam serbuan di Perak

Sejenis batu dikenali sebagai batu Karbala yang dianggap suci oleh pengikut ajaran Syiah antara barangan yang berjaya dirampas dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) di Bagan Serai, kelmarin.

malaysiandigest.com

JAIP merampas batu suci serta barang-barang ajaran Syiah dalam serbuan di Perak

Image via peraknews.com

Batu Karbala sebesar duit siling 50 sen yang dibawa khas dari Iran itu dikatakan digunakan pengikut Syiah terbabit ketika solat.

sinarharian.com.my

Jaipk turut merampas sehelai kain sepanjang kira-kira lima meter yang tertulis nama 12 imam yang dijadikan satu dari rukun iman dalam Syiah, buku berkaitan Syiah, sekeping gambar yang didakwa sebagai Saidina Hussein serta sehelai baju T Syiah.

sinarharian.com.my

Dalam serbuan di tiga lokasi berasingan antara pukul 7 pagi hingga 8 pagi itu, empat individu termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 41 tahun hingga 49 tahun itu ditahan di rumah masing-masing.

kosmo.com.my

Ketua JAIP berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti ketua yang menyebarkan fahaman itu, termasuk melakukan operasi untuk mengekang penyebaran ajaran terbabit.

bharian.com.my

Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata penganut ajaran Syiah di Malaysia bebas mengamalkan mazhab itu

Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

yahoo.com

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

themalaysianinsider.com

"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir.

yahoo.com

Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata mereka yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini boleh didakwa

Pihak yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini boleh didakwa mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Mengenai Pelanggaran Fatwa.

utusan.com.my

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata menerusi Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, individu yang menyebarkan fahaman Syiah boleh didakwa di mahkamah sivil.

sinarharian.com.my

"Negara mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan fahaman Syiah," katanya.

bharian.com.my

Jamil Khir berkata, individu yang melanggar fatwa mufti pula boleh didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Mengenai Pelanggaran Fatwa.

sinarharian.com.my

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menilai dari semasa ke semasa undang-undang sedia ada untuk diperkasakan bagi memastikan sekatan dan tindakan dapat diambil terhadap pihak yang menyebarkan Syiah.

utusan.com.my

Datuk Noriah Mahat kata Kementrian Dalam Negeri perlu mengharamkan karya penulis berfahaman Syiah

Datuk Noriah Mahat kata Kementrian Dalam Negeri perlu mengharamkan karya penulis berfahaman Syiah.

Image via fbcdn.net

PUTRAJAYA 1 Ogos - Seorang pelajar persendirian dari Malaysia yang sedang mengikuti kursus jangka pendek bahasa Arab di Amman, Jordan maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas di jalan menuju ke Laut Mati, Jordan hari ini.

utusan.com.my

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menarik balik dan mengharamkan serta-merta bahan bercetak seperti buku atau novel yang terbukti karya penulis berfahaman syiah, cadang seorang ahli Dewan Negara.

abnxcess.com

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noriah Mahat berkata, karya individu tertentu yang dikenal pasti menganut fahaman Syiah didapati masih dijual di negara ini.

utusan.com.my

Noriah Mahat bimbang karya Syiah akan merosakkan pemahaman masyarakat Islam.

Image via abnxcess.com

Tindakan keras juga perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dalam hasil tulisan Syiah, katanya

Sejarah Syiah.

Image via sinarharian.com.my

Senator Datuk Noriah Mahat berkata KDN juga perlu mengambil tindakan keras terhadap individu terbabit agar hasil tulisan mereka tidak terus berada di pasaran kerana bimbang akan merosakkan pemahaman masyarakat Islam khususnya.

sinarharian.com.my

"Jika tidak dikawal, saya khuatir golongan muda akan terpengaruh dengan hasil tulisan mereka yang berfahaman syiah kerana golongan muda kita lihat mudah terpengaruh akibat rasa ingin tahu.

bernama.com

"Karya seperti ini perlu disekat dan diharamkan demi menjaga kefahaman umat Islam agar tidak terus longgar sehingga meringankan ibadat, Rukun Islam dan sebagainya," katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 pada persidangan Dewan Negara Rabu.

yahoo.com

Datuk Noriah Mahat sokong usaha kerajaan dalam memerangi kegiatan Syiah di Malaysia

Beliau juga menyokong segala usaha KDN dalam memerangi kegiatan syiah di negara ini kerana kerajaan sebelum ini telahpun mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

bernama.com

Datuk Noriah Mahat kata Kementrian Dalam Negeri perlu mengharamkan karya penulis berfahaman Syiah.

Image via fbcdn.net

Noriah berkata tindakan itu tepat pada masanya memandangkan pengaruh syiah semakin berkembang dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

sinarharian.com.my

Penjelasan Kesesatan Syiah

Kepada puak syiah terutama di Malaysia yang mengaku diri mereka beragama islam harus tonton video ini. Dan anda semua sebarkanlah video ini mudah2an kita dap...

youtube.com

Cara-cara Syiah Melayu: Pendedahan Syiah Di Malaysia

Video ini diambil daripada video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor , yang telah didedahkan oleh Belia Keamanan Malaysia, BKM pada 12 JUN 2013...

youtube.com

Video ini diambil daripada video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor , yang telah didedahkan oleh Belia Keamanan Malaysia, BKM pada 12 JUN 2013...

youtube.com

Video ini diambil daripada video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor , yang telah didedahkan oleh Belia Keamanan Malaysia, BKM pada 12 JUN 2013...

youtube.com

Ungkapan Selawat Mereka - "..Allahummasolli'ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Al Aimmah Wal Mahdiyyin Sallim Tasliiman Katsiiro.." Video ini diambil daripada vi...

youtube.com

Ada sesuatu untuk mengatakan tentang perkara ini? Facebook atau Tweet kita!

Get all latest news here on SAYS (@SAYSdotMY). Tweet us and and let us know what's happening around you! We'll feature it on SAYS.

twitter.com

SAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produce and brought to you by Malaysian social media users!

facebook.com

You may be interested in: