news

Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) beri peluang niaga

Kuantan: Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Gebeng, Kuantan iaitu taman perindustrian berstatus nasional pertama di negara ini yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam, berjaya menarik pelaburan baru berjumlah RM10.5 bilion selain mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan. Komitmen pelaburan itu adalah tambahan kepada pelaburan sedia ada bernilai RM38 bilion yang berjaya dibawa masuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak 2007 hingga Januari 2013, yang turut menyediakan kira-kira 30,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di wilayah ECER. Najib berkata, MCKIP akan dibangunkan secara bersama oleh Malaysia dan China berdasarkan prinsip ‘dipandu sektor kerajaan, dipacu sektor swasta’ yang mensasarkan pelaburan dalam industri berteknologi tinggi daripada kalangan pelabur Malaysia, China dan pelabur asing dari rantau ASEAN serta seluruh pelosok dunia. “Sukacita saya memaklumkan MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 pekerjaan untuk penduduk tempatan. “Daripada keseluruhan komitmen pelaburan berkenaan, lebih RM4 bilion akan direalisasikan menjelang 2015,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran MCKIP yang disaksikan Pengerusi Persidangan Konsultatif Politik Republik Rakyat China, Jia Qinglin. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Perdana Menteri berkata, komitmen pelaburan di MCKIP merangkumi RM5 bilion oleh Guangxi Beibu Gulf International Port Group untuk membangunkan tiga projek di MCKIP. “Pelaburan bernilai RM3 bilion oleh Guangxi Beibu Gulf International Port Group dan IJM Corporation Berhad untuk projek perluasan Pelabuhan Kuantan dan RM2.5 bilion oleh Pemaju Induk MCKIP yang juga syarikat usaha sama membabitkan konsortium Malaysia dan China,” katanya. Katanya, serentak majlis pelancaran berkenaan, dokumen strategik bagi pelaburan turut ditandatangani terdiri daripada perjanjian pemegang saham antara konsortium Malaysia dan China bagi penubuhan syarikat usaha sama MCKIP; memorandum persefahaman (MOU) antara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group.

Cover image via

Malayasia dan China menandatangani perjanjian menubuhkan Taman Industri Qinzhou

Image via photobucket.com

Pelancaran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

Image via photobucket.com

persidangan PM Malaysia - PM China

Image via photobucket.com

Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) beri peluang niaga

Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) beri peluang niaga

Image via photobucket.com

You may be interested in: