Tribute : Siapa Sebenarnya Kapten Zaharie Shah, Juruterbang Pesawat #MH370? (9 Gambar)
Semua maklumat ini diambil dari beberapa laman sesawang dan ditulis semua untuk bacaan orang ramai. Entri ini sebagai tribute keberanian Kapten Zaharie. Tolong jangan gunakan apa-apa maklumat ini untuk kepentingan politik atau apa-apa aktiviti yang kurang elok. Sila hormati si dia dan ahli keluarganya.
Kapten Zaharie Shah yang berusia 53 tahun ini berasal dari Pulau Pinang dan merupakan bekas pelajar di Penang Free School. Dia telah menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1981 dan telah terbang di atas udara untuk 18,365 jam. Jadi, kami amat bersedih dengan apa yang berlaku pada penerbangan MH370.
Minatnya untuk membawa kapal terbang telah membuatnya luangkan masa untuk bermain dengan helikopter dan kapal terbang kawalan jauhnya.
Ini kapal terbang kawalan jauh , Cataline PBY milik kapten yang dihasilkan oleh Consolidated Aircraft.
Selain itu, dia juga menghasilkan simulator untuk Boeing 777 agar dia dapat berlatih untuk membawa kapal terbang jenis itu.
Dia juga gemar untuk masak semasa mempunyai masa terluang di rumah. Ini seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar FBnya di bawah ini.