[VIRAL] Gadis Ayu Tanya Najib Soalan Cepu Emas
Gadis berusia 27 tahun ini telah menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Mari kita lihat apa kandungan surat tersebut...
Soalan cepu emas Siti Hajar dalam surat kepada Najib: "Apa keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia?"
Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri)
terbakor.comBaca teks surat penuh Siti Hajar di sini
coretan-mambang.mySoalan #1: "Siapa kata harga minyak naik 20 sen tu tak bermakna?"
Hari pertama harga minyak naik, harga roti di food court tempat kerja naik 30 sen. Lihat! Impak harga minyak naik. Kalau harga minyak turun sebanyak 50 sen pun, harga roti yang naik 30 sen tadi akan kekal sama dan tiada pengurangan.
coretan-mambang.myPerjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang.
Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga?
coretan-mambang.mySoalan #2: "Saya hanya sumbang ekonomi negara tanpa dapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri?"
Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan.
beritaterkini.myBoleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M.
beritaterkini.mySoalan #3: "Di mana ada rumah yang berharga RM40,000 untuk saya beli di Malaysia?"
Saya telah kira RM213 hanya mampu beli rumah harga RM40,000 dengan interest rate 4% untuk 30 tahun. Gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja, dan di mana rumah yang berharga RM40,000 ini?
bankami.netCuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717.
bankami.netSoalan #4: "Adakah gaji bulanan lepasan Ijazah seperti saya setaraf negara maju yang lain?"
Banyak syarikat GLC, Semi- Government atau swasta, mereka akan tetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Jika tunggu setahun, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya.
suarainsan.netBoleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya.
suarainsan.netSiapakah Siti Hajar Aladin?
Akaun Twitter Siti Hajar - Nothing special.. I am an ordinary person. Kuala Lumpur.
twitter.comLaman blog Siti Hajar - Anak Jerung
blogspot.comCrazy stuff happening around you? Facebook or Tweet us! We'll feature it on SAYS
JOIN THE GROWING SAYS FACEBOOK COMMUNITY: SAYS is Malaysia's social news network. Social media users from each country curate, contribute and...
facebook.comYang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Get today's must-share stories, links & videos.
twitter.com