news

Warga emas dikhuatiri maut tertimbus di Mesilou

KUNDASANG: Seorang warga emas terperangkap dalam timbunan tanah dan dikhuatiri maut dalam satu kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilou, kira-kira enam kilometer dari Pekan Kundasang kelmarin. Mangsa yang dikenali sebagai Dohumie Kintie, 78, ketika insiden difahamkan sedang memetik buah strawberi di kawasan sulap (pondok) berhampiran lokasi berkenaan sebelum laluan ke Pusat Latihan Islam (PLI) serta Kelab Golf Mensilau, runtuh dengan tidak semena-mena. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Abdul Rahman Kassim berkata dalam insiden sekitar jam 10.45 hingga 11 pagi itu, pihaknya difahamkan mangsa telah terperangkap dalam runtuhan tanah di situ berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga yang turut berada di tempat kejadian. “Kita difahamkan bahawa mangsa telah tertimbus di lokasi kejadian ketika sedang berada di pondok kebun mereka.“Berdasarkan siasatan awal, mangsa telah terperangkap dan tertimbus kira-kira 5 hingga 10 meter di tempat insiden dan usaha mencari masih diteruskan,” katanya.Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat mangsa membabitkan seramai 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ranau, polis (33), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (6), Jabatan Kesihatan (9) dan penduduk setempat.“Operasi terpaksa dihentikan sekitar jam 5.30 petang kelmarin atas faktor cuaca dan gelap.“Bagaimanapun, usaha mencari akan diteruskan esok (hari ini) bermula jam 8 pagi bergantung kepada keadaan, dan jentolak bakal digunakan bagi operasi berkenaan,” katanya. Sementara itu, cucu kepada mangsa Mohd Azrie Sham, 35, ketika ditemui berkata dia amat terkejut dengan insiden tanah runtuh terbabit dan menyangka pada mulanya ia adalah kejadian gempa bumi.“Mulanya saya menyangka ia adalah kejadian gempa bumi memandangkan ianya berlaku dengan secepat kilat.“Ketika itu, saya berada di kediaman pakcik kira-kira 50 meter dari lokasi sulap nenek dan saya hanya diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga mengenai kejadian tertimbus itu

Cover image via

Parah ditembak sekumpulan perompak

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan parah akibat ditembak oleh sekumpulan perompak ketika keluar memancing dalam satu kejadian berhampiran Pulau Timbun Mata, daerah Semporna kelmarin. Dalam insi...

theborneopost.com

Biar Betul! Proton Iswara Rempuh Kereta Polis Dari Belakang

Ngeri! Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kereta (2 Foto)

Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.

Image via kisahbest.my

Gempar! Dua Pegawai Polis Belasah Tahanan Sehingga Koma

“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Image via kisahbest.my

Warga emas dikhuatiri maut tertimbus di Mesilou

“Mangsa dipercayai tertimbus sedalam lima hingga 10 meter dan operasi mencarinya sedang giat dijalankan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan kerjasama penduduk kampung,”

Image via theborneopost.com

Warga emas dikhuatiri maut tertimbus di Mesilou

You may be interested in: