news

Zahid Hamidi Berkata Daun Ketum Mungkin Dadah Berbahaya

Daun ketum lama digunakan sebagai tonik secara tradisional, adakah wajar untuk meletakkannya di bawah Akta Dadah Berbahaya?

Cover image via

Zahid Hamidi kata daun ketum boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya

Pokok ketum

Image via ning.com

Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang menyebabkan penagihan berulang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

malaysiandigest.com

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang meneliti laporan daripada Kementerian Kesihatan dan berbincang mengenai perkara itu.

sinarharian.com.my

Daun ketum boleh menyebabkan penagihan berulang seperti dalam unsur dadah

Daun ketum boleh menyebabkan penagihan berulang seperti dalam unsur dadah

Image via mstar.com.my

"Jika ianya berada pada tahap yang mengikut pakar perubatan dari segi penagihan boleh menyebabkan berlakunya penagihan berulang maka tentu Akta Dadah Berbahaya boleh dipinda untuk memasukkan daun ketum atau sama kategori dengannya untuk diletakkan dalam kategori itu.

karangkraf.com

"Jika akta yang ada sekarang ini mencukupi untuk meletakkan daun ketum sebagai satu unsur dadah berbahaya, tentu ia boleh dilakukan dari segi pentadbiran untuk menguatkuasakannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AntiDadah Antarabangsa di sini hari ini.

bharian.com.my

Kepercayaan karut kononnya meminum air daun ketum boleh meningkatkan tumpuan belajar serta kecergasan ketika bersukan menyebabkan semakin ramai pelajar sekolah di daerah ini mengambil bahan terlarang itu hingga mengalami ketagihan.

relevansokmo.com

Datuk Mohd. Johari Baharom gesa agar penyalahgunaan daun ketum diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya

Seorang anggota Parlimen mengulang gesaan agar undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum diletak di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding Akta Racun 1952.

kosmo.com.my

Anggota Parlimen Datuk Mohd. Johari Baharom gesa agar penyalahgunaan daun ketum diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya

Image via cj.my

Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) berkata gesaan itu berikutan masalah ketagihan daun ketum dalam kalangan anak muda di negara ini, terutama di kawasan utara, semakin serius sehingga melibatkan pelajar sekolah.

malaysiandigest.com

"Ketika menyertai satu mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di kawasan saya, saya diberitahu tandas lelaki sekolah tersumbat gara-gara plastik yang diguna untuk membungkus ketum dibuang dalam saluran tandas.

kosmo.com.my

Secara tradisi, daun ketum digunakan untuk menambah tenaga selepas penat bekerja

Info daun ketum

Image via blogspot.com

Baca juga: Kerajaan hendak mengaramkan shisha and e-cigarette

You may be interested in: