10 Pemain Bola Sepak Paling Kacak Di Piala Dunia 2026, Yang Mana Satu ‘Crush’ Korang?
Ada yang macam K-pop, ada yang macam model Turkiye.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selain aksi hebat di atas padang, beberapa pemain bola sepak di Piala Dunia 2026 turut mencuri perhatian peminat kerana rupa paras yang dianggap kacak dan menawan
Daripada bintang Korea Selatan sehinggalah pemain muda Juventus, berikut adalah senarai 10 pemain yang menjadi bualan ramai sepanjang kejohanan berlangsung.
1. Cho Gue-Sung (Korea Selatan)

Nama Cho Gue-Sung kembali menjadi perhatian selepas Korea Selatan mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.
Penyerang berusia 28 tahun yang kini bermain untuk kelab Denmark, Midtjylland itu pernah mewakili negaranya di Piala Dunia 2022.
Dengan ketinggian 188 sentimeter, Cho bukan sahaja menjadi kegilaan peminat, malah memiliki kelebihan dalam perebutan bola udara. Ramai netizen turut menyamakan wajahnya dengan bintang K-pop.
2. Ferran Torres (Sepanyol)

Penyerang Barcelona ini menjadi antara pemain yang sering dipuji kerana penampilannya yang semakin menyerlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ferran Torres kini membuat penampilan kedua di Piala Dunia selepas membantu Sepanyol menjulang kejuaraan Euro 2024.
Pemain kelahiran Valencia itu sebelum ini pernah beraksi bersama Valencia dan Manchester City serta pernah menjalinkan hubungan dengan Sira Martínez, anak kepada jurulatih terkenal Sepanyol, Luis Enrique.
3. Joško Gvardiol (Croatia)

Joško Gvardiol mencipta nama ketika membantu Croatia meraih tempat ketiga di Piala Dunia 2022 di Qatar.
Menariknya, pemain pertahanan Manchester City itu pernah hampir meninggalkan dunia bola sepak ketika remaja kerana kurang mendapat peluang bermain.
Dilahirkan dalam keluarga sederhana di Zagreb, Joško kini menjadi tonggak utama Croatia dalam usaha memburu gelaran Piala Dunia pertama dalam sejarah negara itu.
4. Enzo Fernández (Argentina)

Enzo Fernández merupakan antara watak penting ketika Argentina muncul juara dunia pada tahun 2022.
Pemain tengah Chelsea berusia 25 tahun itu turut memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik kejohanan berkenaan.
Di luar padang, Enzo mempunyai dua orang anak bersama pasangannya, Valentina Cervantes.
5. Micky van de Ven (Belanda)

Micky van de Ven hampir menyertai skuad Belanda ke Piala Dunia 2022, namun tersisih pada saat akhir.
Kini, pemain Tottenham Hotspur itu menjadi antara pertahanan paling penting buat negaranya. Dengan ketinggian sekitar 193 sentimeter, Micky juga dikenali sebagai salah seorang pemain terpantas dalam dunia bola sepak.
6. Pedro Neto (Portugal)

Pedro Neto membuat penampilan sulung di Piala Dunia selepas terlepas edisi 2022 akibat kecederaan.
Pemain sayap Chelsea itu sebelum ini membantu Portugal menjuarai UEFA Nations League dan berharap dapat membawa negaranya meraih kejuaraan dunia pertama.
Pedro dilaporkan menjalin hubungan dengan pemain tenis Portugal, Carolina Cunha e Silva.
7. Kenan Yıldız (Turki)

Kenan Yıldız dilahirkan di Jerman hasil perkahwinan bapa berketurunan Turkiye dan ibu warga Jerman.
Walaupun layak mewakili kedua-dua negara, pemain berusia 21 tahun itu memilih untuk menyarung jersi Turkiye. Bintang Juventus tersebut turut dinobatkan sebagai Pemain Bawah 23 Tahun Terbaik Serie A musim 2025/26.
8. Lucas Bergvall (Sweden)

Lucas Bergvall menjadi tumpuan ramai selepas membantu Sweden mencatat kemenangan besar dalam aksi pertama peringkat kumpulan.
Di media sosial, ramai peminat memuji rupa paras pemain muda itu sehingga ada yang menggelarnya seperti 'putera dari dunia dongeng'.
9. Maximiliano Araújo (Uruguay)

Maximiliano Araújo bakal membuat penampilan sulung di Piala Dunia selepas sebelum ini hanya berada dalam senarai awal skuad Uruguay pada tahun 2022.
Pemain berusia 26 tahun itu kini beraksi bersama Sporting CP di Portugal dan memiliki darah keturunan Goa menerusi datuknya yang dilahirkan di Loutolim, bekas wilayah India Portugis.
10. Keito Nakamura (Jepun)

Keito Nakamura menjadi bualan ramai selepas menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia ketika membantu Jepun mengikat Belanda 2-2.
Pemain berusia 25 tahun itu baru membuat penampilan bersama skuad senior Jepun pada tahun 2023 dan kini menggalas harapan untuk membawa negaranya meraih gelaran dunia pertama.
Selain bersama skuad kebangsaan, Keito turut beraksi untuk kelab Perancis, Reims.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via