15 Lagu Teratas Dah Keluar, Tapi Hanya 20 Akan Ke AJL40? Ini Yang Anda Kena Tahu
Wow, tak sabar nak tengok lagu mana yang akan ke final AJL40!
Cover image via OHBULAN!Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Industri muzik tempatan kembali hangat bila 15 lagu dengan undian tertinggi sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40) diumumkan menerusi program Muzik Muzik

Pengumuman tersebut bukan sekadar senarai biasa, tetapi menjadi checkpoint awal untuk tentukan siapa yang layak ke pentas paling berprestij negara, Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40).
Sempena edisi ke-40 yang cukup istimewa, format tahun ini tampil lebih sengit:
- 30 lagu akan disenarai pendek keseluruhan
- Hanya 20 lagu saja akan dipilih
- Semua bergantung pada penilaian juri profesional
Maknanya, walaupun dah masuk kelompok undian tertinggi, belum tentu selamat ke separuh akhir!
Apa yang membuatkan edisi kali ini lagi menarik, gabungan nama besar industri dengan bakat baharu yang semakin mencuri perhatian
Dari genre balada penuh emosi yang menusuk jiwa, lagu upbeat & berenergi tinggi hinggalah ke eksperimen genre moden yang lebih fresh.
Kesemua 15 lagu ini membuktikan muzik Malaysia makin berkembang dan berani keluar dari kebiasaan. Jom tengok senarai di bawah!
1. Hijab Rindu – Black Hanifah
2. Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain
3. Pernah Punya Aku – Shila Amzah
4. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
5. Tiwikarma – K.O.I
6. Puaskah – Ameerais & Mariam Saim
7. Semacam Pandora – Hazama
8. Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris
9. Hilangmu Tak Terganti – Tajul & Afieq Shazwan
10. Kamu – Aina Abdul
11. Kemana Ni – Luca Sickta, KMY KMO & Salammusik
12. Musnah – Danial Kifli
13. Bunga Kemboja – Iman Troye
14. Ketagih – Cherry On Top feat. Datuk Syafinaz Selamat
15. Lumrah Cinta – Puteri Khareeza
Lihat senarai penuh di bawah:


Baki 15 lagu akan diumumkan minggu hadapan bagi melengkapkan senarai penuh 30 lagu yang layak, sebelum hanya 20 daripadanya dipilih oleh juri profesional untuk mara ke peringkat separuh akhir. Pengumuman rasmi seterusnya akan berlangsung pada 5 April ini, nantikan siapakah yang akan menyusul!
AJL40 SA bakal bersiaran secara langsung pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu), jam 9.00 malam di TV3 serta strim secara eksklusif di Tonton.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


