Aktivis Rohingya Dikecam Selepas Kutuk Malaysia, Indonesia & Thailand Dalam Ucapan Di Luar Negara

Video ucapan tersebut menerima pelbagai reaksi, terutama daripada pengguna media sosial di Malaysia.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ucapan seorang aktivis Rohingya, Noor Azizah, di sebuah universiti di luar negara mencetuskan perdebatan hangat selepas beliau menyentuh layanan terhadap komuniti Rohingya di beberapa negara Asia Tenggara

Menerusi video di Facebook, Noor Azizah mendakwa penderitaan komuniti Rohingya tidak berakhir walaupun mereka telah meninggalkan Myanmar.

Beliau turut menyebut Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai negara yang masih berdepan isu diskriminasi, eksploitasi dan pemerdagangan manusia melibatkan pelarian Rohingya.

SAYS.com

Antara perkara yang disentuh dalam ucapan berkenaan adalah:

  • Dakwaan penahanan kanak-kanak Rohingya di pusat imigresen di Malaysia.
  • Dakwaan penyebaran ucapan kebencian dan disinformasi di media sosial di Indonesia.
  • Dakwaan kegiatan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pelarian Rohingya di Thailand.

"Walaupun kami telah melarikan diri dari Myanmar, keganasan itu terus menghantui kami," katanya dalam ucapan yang kini tular di media sosial.

Netizen persoal kenyataan yang dibuat aktivis Rohingya

Video ucapan tersebut menerima pelbagai reaksi, terutama daripada pengguna media sosial di Malaysia yang menganggap kenyataan itu keterlaluan dan tidak menggambarkan keseluruhan situasi sebenar.

Ada juga yang berpendapat kata-katanya tidak menggambarkan seseorang yang berpelajaran dan tidak mengenang budi.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Noor Azizah berhubung kritikan yang diterima selepas ucapan tersebut tular.

Isu tersebut terus menjadi perdebatan dalam talian, dengan sebahagian pihak mempertahankan hak aktivis untuk menyuarakan isu kemanusiaan, manakala sebahagian lagi berpendapat dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan fakta dan konteks yang lebih menyeluruh.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik