Avenged Sevenfold Sah Kembali Ke Malaysia Untuk Jelajah Asia 2026 – “Siap Sedia Headbang, Deathbats!”
'Avenged Sevenfold Live in Malaysia' bakal berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di Unifi Arena, Kuala Lumpur.
Cover image via Hitman SolutionsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas lebih sedekad menanti, peminat tegar muzik heavy metal di Malaysia akhirnya boleh menarik nafas lega
Kumpulan legenda moden metal dunia, Avenged Sevenfold (A7X), secara rasmi mengumumkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi utama dalam siri Jelajah Asia 2026 mereka.
Konsert berskala besar bertajuk 'Avenged Sevenfold Live in Malaysia' itu dijadualkan berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di Unifi Arena (dahulunya dikenali sebagai Axiata Arena).
Dianjurkan oleh penganjur konsert terkemuka Malaysia, Hitman Solutions, acara yang dinanti-nantikan ini menjanjikan riff gitar padu, kuasa vokal luar biasa serta deretan lagu hit terbesar mereka bakal menyatukan semua peminat rock dan metal untuk satu malam epik.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Avenged Sevenfold telah membentuk landskap heavy metal moden melalui gaya tersendiri dan penulisan lagu yang melangkaui sempadan genre.
Mereka meninggalkan legasi abadi dalam dunia rock antarabangsa, membina pengikut setia di seluruh dunia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu kumpulan paling berpengaruh dalam genre metal rock.
Peminat tempatan telah lama menantikan kepulangan Avenged Sevenfold selepas penampilan terakhir mereka pada 2015 semasa Jelajah Asia Tenggara Hail to the King.
Sejak itu, band ini terus mengembangkan gaya muzik mereka melalui dua album yang menerima pujian kritikal, The Stage dan Life Is But a Dream…, memperkukuh legasi mereka dan memberi Deathbats (peminat setia mereka) satu bab baru muzik untuk dinikmati bersama lagu-lagu hit seperti Nightmare, Hail to the King dan Afterlife.
Info tiket & kategori konsert 'Avenged Sevenfold Live in Malaysia'
Bagi memastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini, berikut adalah butiran jualan tiket:
- Pra-Jualan Artis: 7 April 2026 (11 Pagi)
- Jualan Umum: 8 April 2026 (12Tengah Hari)
- Platform Jualan: www.hitmanlive.com
Harga Tiket mengikut kategori:
- Rockzone (Berdiri): RM499
- Kategori Tempat Duduk: Bermula dari RM299 hingga RM699 (Nota: Harga tidak termasuk caj pemprosesan dan tempahan)

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal berkongsi pandangannya menjelang konsert yang bakal berlangsung: "Sepanjang beberapa tahun lalu, kami telah membawa beberapa nama besar rock ke Malaysia, dan setiap kali kami mengumumkan teaser baru… ada satu nama yang sentiasa disebut. Kami menerima beberapa mesej, komen dan DM yang tanya sama ada Avenged Sevenfold akhirnya akan kembali.
"Ia jelas bahawa Deathbats Malaysia telah menunggu dengan sabar, dan misi kami sentiasa sama…untuk memastikan peminat mendapat persembahan yang mereka impikan. Memastikan Kuala Lumpur menjadi salah satu hentian jelajah mereka bukan mudah, tetapi kami yakin ia akan berbaloi apabila Unifi Arena dipenuhi peminat bersemangat pada September ini," katanya.
Untuk rekod, 'Avenged Sevenfold Live in Malaysia' dianjurkan oleh Hitman Solutions, konsert ini mendapat sokongan Hitz FM, Sinar FM dan Mix FM (Rakan Radio Rasmi) serta Astro Gempak (Rakan Media Rasmi).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


