Faizal Tahir: Suara Rakyat, Konsert Penuh ‘Ragaman’ Akan Hadir 3 Oktober Ini!
Faizal Tahir: Suara Rakyat sempurna-kan dirgahayu dua dekad FT.
Cover image via Hitman SolutionsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hitman Solutions dengan kolaborasi Faithful Music. mengumumkan konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat
Konsert berskala besar ini diadakan pada ulang tahun ke-20 penglibatan Faizal Tahir sebagai seorang karyawan seni pada 3 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil.
Dinamakan, Faizal Tahir: Suara Rakyat, konsert julung kali ini akan menjadi refleksi kepada persona 'adun seni' Faizal Tahir atau lebih dikenali sebagai FT sejak dua dekad lalu.
Karya-karya ciptaannya sentiasa mengalir seperti air sungai yang mengandungi banyak mesej positif, satira-satira buat dunia dan teguran serta teladan buat masyarakat yang bakal menjadi lambang 'suara rakyat'.

Impak yang cukup besar dalam sejarah industri musik sejak dua dekad
Pengarah Urusan & Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal menyifatkan Faizal Tahir sebagai karyawan seni yang bukan sekadar menyerikan industri hiburan tetapi nadi kepada banyak karya bersifat teladan.
Menurut beliau, Faizal Tahir telah memberi sumbangan dan meninggalkan impak yang cukup besar dalam sejarah industri musik.

"Dan selaku penganjur, adalah tanggungjawab Hitman Solutions untuk memastikan momentum serta komitmen kami terhadap penganjuran konsert sama ada antarabangsa atau artis lokal berada pada piawaian yang terbaik," tambah beliau.
Konsert solo terakhir Faizal Tahir adalah tiga tahun lalu yang telah dibuat di Dewan Merdeka, WTCKL (World Trade Centre Kuala Lumpur).

"Selama 20 tahun dalam industri dan menekuni karier ini, sesuatu yang sentiasa membuat saya 'hidup' dan bergerak adalah sokongan peminat. Maka setelah agak lama tidak berinteraksi dengan peminat saya mahu menjadikan Faizal Tahir: Suara Rakyat sebagai momen untuk kami menikmati karya yang telah dihasilkan, pernah meninggalkan kesan lalu mencipta memori baharu bersama-sama. 'Ini bukan tentang saya tetapi tentang kebersamaan kami. Tentang suara kami bersama," ujar Faizal Tahir.
Tiket Faizal Tahir: Suara Rakyat akan dijual bermula 9 Jun 2026 (Selasa) pada pukul 12 tengah hari (Pra-Jualan Artis) dan Jualan Umum yang akan bermula pada 10 Jun pukul 3 petang.
Harga tiket akan bermula dari RM98 hingga RM688 dan hanya boleh dibeli melalui laman rasmi hitmanlive.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


