Individu Pilih Untuk Hentikan Sumbangan Bulanan Kepada UNHCR Susulan Isu Rohingya
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkongsian seorang individu yang memaklumkan dirinya telah menghentikan sumbangan bulanan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tular di media sosial sejak kebelakangan ini
Menerusi hantaran di Threads, keputusan itu dibuat susulan perdebatan hangat melibatkan komuniti Rohingya yang sedang menjadi perhatian ramai di platform media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa beliau tidak lagi mahu meneruskan sumbangan yang sebelum ini disalurkan secara berkala kepada organisasi berkenaan.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan tersebut.

Ramai berpendapat sumbangan diperuntukkan boleh disalurkan kepada pihak lain yang dianggap lebih memerlukan, termasuk masjid, rumah anak yatim, pusat kebajikan, haiwan terbiar serta ahli keluarga yang berdepan kesukaran hidup
Ada juga pengguna media sosial yang berpendapat keutamaan seharusnya diberikan kepada komuniti setempat dan golongan kurang berkemampuan dalam negara sebelum menyalurkan bantuan ke pihak lain.
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mengingatkan agar isu semasa tidak dijadikan alasan untuk menafikan bantuan kemanusiaan secara keseluruhan, memandangkan pelarian turut terdiri daripada pelbagai kelompok yang memerlukan perlindungan dan sokongan.
Perbincangan mengenai perkara itu terus menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial dengan pelbagai pandangan dan pendapat dikongsikan.


Lihat Threads di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via