Insiden Mengejutkan Bertukar Jadi Rezeki Tak Disangka, Lelaki Puji Servis Restoran Oriental Kopi

Memang rezeki betul ni bang!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @shafiqshahar (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Niat asal cuma nak hadir mesyuarat santai sambil makan percuma, namun seorang lelaki melalui pengalaman luar jangka apabila jug minuman yang dipesan tiba-tiba 'meletup' sejurus sebelum diminum dalam satu kejadian di sebuah restoran

Menurut perkongsian individu berkenaan di Threads, dia menerima jemputan makan tengah hari daripada seorang kenalan bergelar Datuk sebelum diminta menuju ke Oriental Kopi yang ketika itu dipenuhi pelanggan pelbagai kaum.

"Tunggu dlm 10min baru ada seat utk 3 org dalam kedai kopi ni, sementara tunggu dato2 ni sampai aku pun order la air mineral dgn pastas waiter hantar air mineral dgn mug ais sekali, aku pun tuang air.

Baru nk angkat minum meletup mat mug aku tu, aku dok ingat kena mandrem dah ni, ada org hantar santan kt aku ni. Ngam2 dato2 tu pun sampai diorg pun terkejut. Aku panggil waiter aku ckp apa cerita ni? Ada prank tv show ke? Waiter tu pun cuak,"
katanya.

Tidak lama kemudian, seorang wakil pengurusan tampil memohon maaf dan menawarkan pampasan termasuk membelikan seluar baharu kepadanya

Lebih menarik, pihak restoran turut mengambil tanggungjawab penuh dengan memberikan hidangan secara percuma kepada mereka pada hari tersebut.

"Settle beli seluar, amoi tu ckp harini makan 100% discount. Maknanya aku la yg belanja dato2 tu makan kan. Agak2 boleh claim lunch next time tak? Apa2 pun terbaik la layanan @orientalkopi.asia Mid Valley. Service dan layanan terbaik. Harap2 next time aku dtg still dapat lagi discount 100%.hahaha. Dapat free gift plak lagi. Pandai jaga customer la," katanya lagi.

Lihat perkongsian di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik