“Kami Dah Buat Yang Terbaik” – Yusuf Bahrin Sebak, Sah Bercerai Talak Satu Dengan Zizi Kirana

Semoga yang baik-baik je untuk Zizi dan Yusuf.

Enlarge text
Cover ImageCover image via OHBULAN! & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon Yusuf Bahrin mengakui tidak menyangka rumah tangga yang dibina hampir lima tahun bersama bekas isterinya, penyanyi Zizi Kirana, akhirnya berakhir dengan perceraian pada hari ini

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, dia dan bekas isterinya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan perkahwinan mereka, namun menerima takdir yang telah ditentukan dengan hati terbuka.

"Hari ini adalah hari perceraian saya dengan bekas isteri, Zizi Kirana. Tak ada siapa dan tiada satu pun pasangan dalam dunia ni yang sukakan perceraian tetapi dalam kisah hidup saya dengan Zizi, inilah pengakhirannya.

"Saya tak pernah jangka dan saya tak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya. Kami dah buat yang terbaik, kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ni,"
katanya menerusi laporan Kosmo!.

Walaupun kelihatan sebak selepas prosiding, Yusuf menjelaskan bahawa perpisahan tersebut berlaku secara baik tanpa sebarang konflik atau permusuhan

SAYS.com
Image via Media Mulia / Kosmo!

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mendedahkan punca sebenar perceraian.

"Tak apa, itu biar saya dan dia saja yang tahu (punca perceraian). Kami berpisah secara baik, tak ada permusuhan dan tiada dendam, Alhamdulillah.

"Jadi, saya minta doa daripada kalian semua agar mendoakan kebahagiaan kami dan orang lain, insya-Allah,"
katanya lagi.

Dalam masa sama, Yusuf turut menegaskan bahawa hubungan baik antara mereka akan terus kekal, termasuk saling menyokong kerjaya masing-masing dalam industri seni.

"Saya akan terus sokong dia. Malah dia pun akan terus sokong saya punya kerjaya, insya-Allah," katanya.

Terdahulu, pasangan tersebut sah bercerai talak satu secara raji'e di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, turut hadir ditemani pelakon, Datin Seri Paduka Umie Aida

Sebelum ini, rumah tangga mereka mula menjadi perhatian apabila kedua-duanya menyambut Aidilfitri secara berasingan, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sepanjang tempoh perkahwinan, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik