Khairul Aming Jelaskan Sebab Sebenar Staf Rembayung Snap Banyak Gambar – “Saya Yang Suruh”

Tolong tangkap gambar pun jadi isu ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & NST

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, restoran Rembayung milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming, menjadi bualan hangat selepas satu hantaran tular di laman Threads

SAYS.com
Image via NST

Dalam tangkap layar tersebut, seorang individu dipercayai pelanggan restoran Rembayung meluahkan rasa tidak puas hati apabila galerinya dipenuhi dengan gambar hampir sama yang diambil oleh staf restoran itu.

Individu berkenaan mendakwa pekerja Rembayung 'spam' butang kamera dan mempertikaikan kemahiran fotografi staf terbabit.

"Aku paling tak minat orang yang jenis tangkap gamabr dia spam je butang camera tu. Kalau awak nak asah kemahiran fotografi, belajar untuk tidak menekan butang kamera bila subjek tak bergerak langsung," tulisnya.

Namun, perkongsian itu tidak mendapat sokongan ramai. Sebaliknya, netizen tampil mempertahankan staf restoran tersebut dengan menyatakan bahawa mengambil gambar pelanggan bukanlah tugas utama mereka. Malah, pelanggan tersebut sepatutnya menghargai usaha staf yang sudi membantu.

Susulan isu yang semakin tular, Khairul Aming sendiri tampil memberikan penjelasan

Menurut beliau, tindakan staf mengambil banyak gambar adalah atas arahannya sendiri.

"Saya yang suruh staff tangkap banyak2 so that customers boleh pilih nak gambar mana. Ada 800 customers sehari memang kita tak sempat nak snap slowly one by one sebab staff nak kena manage semua customers serentak," jelasnya.

Tambah beliau lagi, pendekatan tersebut sebenarnya bertujuan memudahkan pelanggan, terutama dalam keadaan restoran yang sentiasa padat dengan pengunjung setiap hari.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyifatkan isu tersebut tidak wajar diperbesarkan. Malah menyatakan ia sudah melebihi jangkaan kerana staf masih sempat membantu mengambil gambar pelanggan walaupun sibuk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik