Komen Pengerusi MARA Lepas Tonton K-Drama ‘Teach You A Lesson’ – “Banyak Persamaan”

"Patutlah ramai yang tagged saya minta tonton K-drama Netflix Teach You A Lesson" – Asyraf Wajdi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Star & SCMP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari ini Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meraih perhatian menyampaikan pendapat beliau setelah menonton K-drama 'Teach You a Lesson'

Dikongsikan di Threads beliau, mengatakan terdapat persamaan watak Na Hwa-jin dengan bekas Komando yang menjadi Pegawai utama Biro Perlindungan Hak Pendidikan dengan Bekas Tentera yang dilantik seperti Educational Rights Protection Bureau (ERPB) dalam drama tersebut.

Rata-rata orang telah meminta beliau untuk menonton drama ini dan menyedari refleksi kes-kes dalam drama tersebut dekat dengan realiti pendidikan di bawah institusi MARA.

"Keduanya punya fungsi yang sama untuk menangani isu BULI di sekolah. Prinsip saya #YouTouchYouGo," kata beliau di Threads.

Menurut beliau, isu buli kekal menjadi isu utama yang amat serius dan perlu ditangani tanpa menutup kes-kes buli dek takut kerana imej tercalar.

SAYS.com
Image via @drasyrafwajdi / Threads

Tiada kompromi, tidak takut, Tiada 'cable' dan tidak berpilih kasih dalam kes buli

Beliau menegaskan isu ini penting agar tiada sebarang kejadian untuk menutup kes-kes buli kerana takut imej Maktab terjejas.

"Pengajaran utama daripada drama ini jelas bahawa isu BULI adalah isu yang amat serius. Ketegasan menangani isu ini penting agar tiada sebarang kecenderungan untuk menutup kes-kes buli kerana takut imej Maktab terjejas ataupun tiada sebarang pilih kasih dalam menangani isu ini walaupun punya 'cable' atau anak orang berpengaruh," katanya lagi.

Tambahan lagi, beliau mengatakan pendekatan MARA menempatkan bekas-bekas Tentera di MRSM terbukti berkesan dalam menangani isu Buli disokong lagi dengan kajian empirikal membuktikan penurunan.

SAYS.com

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Image via Kosmo!

"Apa-apapun pendekatan MARA menempatkan bekas-bekas Tentera di MRSM terbukti berkesan menangani isu Buli. Kajian empirikal yang dibuat oleh Penyelidik bebas daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan penurunan mendadak kes-kes disiplin dan buli di beberapa MRSM yang punya rekod lampau dalam kes buli. Malah disiplin pelajar ternyata lebih baik selain mengurangkan beban guru-guru yang sebelum ini menggalas tanggungjawab tambahan sebagai warden asrama," ujar beliau.

SAYS.com
Image via South China Morning Post / Netflix

Kongsi kes seakan-akan Episod 1 drama

Di samping itu, Dr Asyraf Wajdi juga ada berkongsi kes ketika awal-awal dilantik sebagai Pengerusi MARA yang dikatanya lebih kurang seperti episod pertama K-drama tersebut.

"Bila menonton episod pertama ni, teringat satu kes buli di sebuah MRSM waktu awal-awal saya dilantik sebagai Pengerusi MARA dua tahun lepas, yang dikaitkan dengan anak seorang vip yang punya pengaruh dalam politik. Pihak pengurusan MRSM semacam takut-takut nak ambil tindakan kerana ayahnya orang berpengaruh dan banyak menyumbang dalam Muafakat

"Apabila saya dapat tahu kes ini melalui mesej ibubapa di media sosial, saya terus hubungi pengurusan MARA dan MRSM dan nyatakan pendirian tegas untuk ambil tindakan tanpa kompromi 'without fear or favour' dalam isu Buli. 'You Touch You Go',"
menurut beliau di Threads.

SAYS.com

Salah satu babak 'Teach You a Lesson'

Image via The Korea Times / Netflix

Bapa pelaku tersebut telah meminta rayuan tetapi tidak dilawan dan Dr Asyraf Wajdi mengesyorkan tiada sebarang pertemuan dibuat selepas didapati bersalah membuli oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab.

Untuk rekod, drama 'Teach You a Lesson' adalah drama Korea yang sedang hangat diperbincangkan di Malaysia dan kini sudah pun viral di serata dunia.

SAYS.com
Image via IMDb

Diadaptasi dari manhwa (komik) 'Get Schooled' dari Chae Yong-taek dan Han Ga-ram, Kdrama ini menceritakan institusi pendidikan di Korea Selatan yang kian merudum disebabkan pelajar-pelajar bermasalah. Kes buli meningkat, pelajar menyertai kongsi gelap, perjudian dan malah tragedi yang lebih teruk juga telah berlaku.

Di bawah Kementerian Pendidikan, satu pertubuhan digelar ERPB ditubuhkan dengan menghantar nazir ke sekolah-sekolah yang bermasalah serius untuk diselesaikan. Semua yang berkaitan tidak mengira pelajar, ibu bapa dan guru bermasalah akan dikenakan tindakan dengan apa cara sekali pun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik