Lelaki Warga Asing Didakwa Meraba Gadis Di Lampu Trafik Undang Kecaman

Harap pelaku segera ditangkap, kesian mangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kawasan Pudu kembali menjadi perhatian selepas satu perkongsian tular di media sosial mendakwa berlaku insiden gangguan fizikal terhadap wanita oleh individu tidak dikenali

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman X, individu tersebut dikatakan bertindak meraba wanita secara rawak tanpa sebab jelas. Kejadian tersebut didakwa berlaku di kawasan awam yang sering menjadi laluan orang ramai.

Si perakam sempat menjerit sebelum pelaku turun daripada motosikal tersebut sebelum berlalu pergi begitu sahaja.

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa setakat ini, perkongsian tersebut telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen yang sering berada di sekitar Pudu

Dalam pada itu, gadis tersebut kelihatan sangat terkejut dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dalam sekelip mata.

Perkongsian tersebut memberi amaran kepada orang ramai, khususnya wanita, supaya lebih berwaspada ketika berada di kawasan berkenaan, terutamanya pada waktu malam.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Image via