Nak Balik Raya Tapi ‘Tersadai’ Di KLIA, Penumpang Dakwa Tak Boleh Check-In Walaupun Dah Beli Tiket
Kesiannya yang nak balik kampung tu, hmm.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kegembiraan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri bertukar kecewa apabila beberapa penumpang mendakwa 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, 17 Mac 2026

Isu itu mula tular di media sosial selepas beberapa pengguna berkongsi pengalaman tidak dapat menaiki pesawat walaupun telah membeli tiket penerbangan lebih awal.
Salah seorang yang berkongsi pengalaman tersebut ialah personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, yang mendakwa beliau tidak dibenarkan mendaftar masuk bagi penerbangan domestik yang dijadualkan berlepas pada pukul 7.30 pagi.
Menurutnya, dia telah tiba di lapangan terbang seawal pukul 5.15 pagi namun dimaklumkan penerbangan tersebut sudah penuh.

Lebih mengejutkan, Ryzal berkata dia tidak dapat melakukan daftar masuk secara dalam talian kerana membawa bayi, sekali gus perlu mendaftar terus di kaunter.
"Kami salah satu mangsa tadi. Ini kali pertama beli penerbangan domestik, tapi bila sampai tak boleh check-in sebab katanya kapal sudah penuh.
"Online check-in pula tak boleh sebab bawa bayi, kena daftar di kaunter. Akhirnya kami tersadai hampir tiga jam," katanya.
Tambahnya lagi, situasi itu lebih mengecewakan apabila tempat duduk yang telah dibeli didakwa diberikan kepada penumpang lain
"Seat kami beli pun tak dapat, dia bagi orang lain. Nak refund pun kena buat permohonan sendiri," katanya lagi.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna media sosial dikenali sebagai Johan turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila penerbangannya yang dijadualkan berlepas pada pukul 4.05 petang mengalami beberapa kali penangguhan.
Menurutnya, penerbangan tersebut ditunda kepada pukul 4.45 petang sebelum sekali lagi ditangguhkan ke 5.05 petang dan kemudian ke 5.25 petang.
"Setiap kali dekat waktu nak boarding, tiba-tiba ada notis delay. Memang penat tunggu, lagi-lagi kalau ada urusan penting atau nak sambung perjalanan lain," katanya.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


