Pelancong Malaysia Dikecam Selepas Hantar 1,200 Parcel Ke Hotel Di China

Ada yang beranggapan hotel sepatutnya digunakan sebagai tempat penginapan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Xiaohongshu

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu video yang memaparkan sebuah kumpulan pelancong Malaysia menghantar kira-kira 1,200 parcel ke hotel penginapan mereka di China mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen

Video tersebut pada asalnya dikongsi oleh sebuah agensi pelancongan di platform Xiaohongshu dengan nada berseloroh, mempersoalkan sama ada aktiviti utama rakyat Malaysia ketika bercuti di China hanyalah membeli-belah.

Dalam rakaman itu, kelihatan ratusan bungkusan memenuhi ruang lobi dan kaunter hadapan hotel sehingga memerlukan kakitangan hotel mengasingkan serta menyusun parcel sebelum diserahkan kepada pemilik masing-masing.

Malah, seorang pelancong dilihat membawa sejumlah besar parcel menggunakan beg plastik gergasi dan mendakwa telah membeli lebih 50 jenis barangan melalui platform e-dagang Taobao.

SAYS.com
Image via Xiaohongshu

Walaupun video berkenaan telah dipadamkan, ia sempat menarik perhatian ramai pengguna media sosial

Ramai yang mengakui membeli-belah secara dalam talian ketika berada di China merupakan perkara biasa dalam kalangan pelancong Malaysia kerana proses penghantaran yang mudah dan pantas.

Namun begitu, tidak semua bersetuju dengan tindakan tersebut. Sebahagian netizen berpendapat penghantaran beberapa parcel ke hotel mungkin masih munasabah, tetapi jumlah yang terlalu banyak sehingga mencecah ribuan bungkusan dilihat membebankan kakitangan hotel yang terpaksa menguruskan proses penerimaan dan penyimpanan.

SAYS.com
Image via XiaohongshuImage via

Ada juga yang beranggapan hotel sepatutnya digunakan sebagai tempat penginapan dan bukannya dijadikan pusat pengumpulan parcel berskala besar.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak hotel berhubung insiden tersebut, namun perbincangan mengenai etika menghantar pembelian dalam talian ke hotel terus hangat diperdebatkan di media sosial.

Lihat video di bawah:

@asiaone

Staff at the hotel in Xi"an had to scramble to clear the parcels from the lobby. #MalaysiaNews #Malaysia #China #Tourists #Behaviour

♬ original sound – AsiaOne – AsiaOne

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: