Polong Berjaya Tembus RM10 Juta Dalam Hanya 9 Hari

Filem seram tempatan masih diminati ramai.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Primeworks Studios & Astro Shaw

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem seram tempatan Polong terus membuktikan industri filem seram tempatan masih berbisa

Diarah oleh Zulkarnain Azhar, Polong kini telah berjaya mengutip lebih RM10 juta dalam masa hanya 9 hari sahaja sejak tayangan perdana pada 28 Mei lepas.

Filem ini juga mengekalkan momentum luar biasa dengan kutipan RM5.5 juta dalam masa empat hari tayangan. Sokongan luar biasa ini berterusan sehinggalah berjaya menembusi RM10 juta.

SAYS.com
Image via Primeworks Studios / Astro Shaw

Polong menjadi topik perbualan hangat dengan pelbagai perkongsian penonton

Sejak ditayangkan, banyak peminat filem seram tempatan menceritakan pengalaman mereka menerusi platform media sosial dan pengalaman mereka yang terkesan dengan atmosfera seram dan jalan cerita Polong.

Menceritakan legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan merentasi generasi, Polong menunjukkan identitinya tersendiri melalui elemen seram tradisional tempatan dengan penceritaan psikologi yang mendalam.

SAYS.com
Image via Malay Mail

Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan edaran dari 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama di antara Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong membawa barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa,  Amir Nafis dan ramai lagi.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Polong juga membuktikan karya seram tempatan masih lagi menjadi antara tarikan paling tinggi di hati rakyat Malaysia jika mempersembahkan kualiti, identiti, dan kekuatan penceritaan itu sendiri.

Polong dijangka akan terus mencipta lebih banyak rekod dalam minggu-minggu akan datang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via