Ramai Terharu Tengok Budak Perempuan Bagi Air Mineral Dekat Orang Masa Terkandas Di Stesen Bas

Masya-Allah, hebat didikan ayah dia.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, bagi mereka yang pergi kerja menaiki pengangkutan awam setiap hari sudah semestinya akan merasa penat

Lebih-lebih lagi jika pengangkutan awam mengalami masalah teknikal sehingga membuatkan ramai terkandas, memang stres dibuatnya.

Namun, siapa sangka tindakan seorang kanak-kanak perempuan ini telah menyentuh hati warganet apabila dia menghulurkan air mineral kepada penumpang yang terkandas di sebuah stesen bas baru-baru ini.

SAYS.com
Image via @meenimini (TikTok)

Beri air mineral kepada semua penumpang yang sedang menunggu transport

Menerusi perkongsian video daripada @meenimini, kelihatan kanak-kanak itu yang menaiki motosikal bersama ayahnya turun di stesen bas tersebut untuk menghulurkan beberapa botol air mineral kepada orang awam.

Walaupun mungkin nampak remeh, namun sifatnya yang prihatin terhadap orang lain telah berjaya meraih pujian. Malah, salah seorang wanita yang menerima air mineral itu dilihat tersenyum gembira.

Bercakap kepada SEISMIK, pemilik video itu berkata servis MRT terhenti di stesen UPM dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Jadi, ramai penumpang terkandas dan terpaksa menunggu bas ketika itu.

SAYS.com
Image via @meenimini (TikTok)

"Terbaiklah family budak ni. Tak payah jadi kaya pun nak sedekah," – Warganet

Susulan tularnya video tersebut, ramai warganet turut memuji ayah kanak-kanak itu yang pandai mendidiknya.

Antara komen daripada warganet di TikTok:

SAYS.com
Image via @meenimini (TikTok)
SAYS.com
Image via @meenimini (TikTok)
SAYS.com
Image via @meenimini (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

@meenimini

and i definitely have to give it to the rapid staffs that was working hard tonight on helping to handle the situation.

♬ lovers' carvings – Bibio

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik