Rumah Hangus Dijilat Api, Tapi Beg Jenama Christy Ng Tak Terbakar Pula – “Memang Kebal”

Wow, memang berkualiti beg Christy Ng ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @sssuuueeeeee (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Biarpun ditimpa musibah besar, sebuah keluarga mencuri perhatian netizen apabila dilihat begitu tenang dan santai selepas rumah mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran dipercayai akibat litar pintas

Menerusi sebuah video di TikTok yang kini tular dengan 4.3 juta tontonan, keluarga tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi panik atau kesedihan melampau.

Sebaliknya, mereka dilihat mampu bergelak ketawa ketika memeriksa sisa kebakaran di tapak rumah mereka yang hangus sepenuhnya.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila mereka menemui wang tunai RM30 yang masih elok di dalam sebuah beg yang terselamat daripada kebakaran terbabit.

SAYS.com
Image via @sssuuueeeeee (TikTok)

Lebih menarik, situasi tersebut turut mendapat perhatian pemilik jenama beg tempatan terkenal, Christy Ng, yang tampil meninggalkan komen di video berkenaan

SAYS.com
Image via @sssuuueeeeee (TikTok)

Dalam respon tersebut, beliau meminta pemilik video untuk menghubunginya, dipercayai sebagai tanda prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudahkan serta diberikan kekuatan untuk bangkit semula.

Dalam masa sama, ramai terpegun dengan ketahanan beg jenama berkenaan yang masih berada dalam keadaan baik walaupun berada dalam situasi kebakaran yang dahsyat.

Ada yang berseloroh menyifatkan beg itu sebagai 'kebal' manakala ada juga menganggap ia sebagai bukti kualiti produk tempatan yang tidak boleh dipandang rendah.

Lihat video di bawah:

@sssuuueeeeee

Kehadapan Bos @Christy Ng 💛 bag awak kalis api ke 😅 duit raya rm30 masih selamat walaupun rumah total lost terbakar baru2 ni Gerik Perak 😱 Buat Kupu2 ku @Ain semoga dipermudahkan segala urusan. awak kuat ♥️

♬ original sound – sssuuueeeeee – sssuuueeeeee

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via