“Selamba Bagi Anak Kencing Depan KLCC” – Tindakan Pelancong Asing Cetus Kemarahan Netizen
Amboi, suka hati dia je.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang pelancong asing yang didakwa membiarkan anaknya membuang air kecil di kawasan terbuka berhampiran Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC) mengundang kecaman hebat dalam kalangan pengguna media sosial
Kejadian itu tular selepas satu gambar dimuat naik oleh pengguna Threads yang memaparkan seorang wanita membiarkan kanak-kanak dipercayai anaknya membuang air kecil di hadapan kawasan tumpuan pelancong tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai.
"Selamba kau sahaja bagi anak kencing dekat situ," tulis individu tersebut.

Perkongsian itu pantas mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak beradab serta mencemarkan imej lokasi ikonik negara yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia
Rata-rata netizen turut mempersoalkan mengapa kemudahan tandas yang tersedia di dalam pusat beli-belah dan bangunan sekitar kawasan KLCC tidak digunakan.
Di ruangan komen, ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang melakukan kesalahan kebersihan di tempat awam.
"Tak boleh ke kita saman atau kenakan kompaun dekat mereka? Kalau di Singapura, perkara macam ini memang kena denda tinggi," tulis seorang pengguna.
Dalam masa sama, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman berdepan situasi serupa melibatkan segelintir pelancong asing yang didakwa kurang peka terhadap aspek kebersihan dan adab di tempat awam.
"Dalam kafe saya ada tandas, tetapi pelanggan suruh anak kencing dekat kawasan merokok. Lepas itu hulur duit supaya kami diam. Ini bukan soal duit, ini soal adab dan akal fikiran," kongsi seorang warganet.
Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via