[VIDEO] Gelagat Lelaki Cuci Perut Lembu Bertukar Kecoh Lepas Jumpa ‘Harta Karun’

Alamak, macam mana lembu tu boleh telan?

Enlarge text
Cover ImageCover image via @acapaidi21 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gelagat sekumpulan lelaki yang sedang mencuci perut lembu sempena ibadah korban mencuri perhatian ramai apabila mereka menemui sesuatu yang langsung tidak dijangka

Menerusi video tular di TikTok, mereka menemui sehelai pakaian dalam lelaki di dalam organ haiwan tersebut.

Kumpulan lelaki berkenaan pada awalnya dilihat tekun membersihkan bahagian perut lembu sebelum suasana tiba-tiba bertukar kecoh dan penuh gelak tawa selepas mereka menemui seluar dalam berwarna gelap dipercayai berada di dalam perut haiwan korban itu.

Rata-rata mereka kelihatan terkejut dan geli hati dengan penemuan misteri tersebut, malah ada yang tidak berhenti ketawa melihat situasi berkenaan

Pemilik akaun TikTok itu turut berseloroh di ruangan kapsyen dengan menulis:

"Bapak siapa punya seluar dalam kau telan ni lembu wei!"

Video tersebut ternyata menghiburkan warganet apabila ia berjaya meraih lebih 500,000 tontonan selain dibanjiri pelbagai komen lucu daripada netizen.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuklah pengguna yang berseloroh mengatakan lembu itu mungkin terlebih lapar, selain ada yang bergurau mendakwa pakaian dalam tersebut sudah menjadi fiber tambahan.

Apa-apa pun, video tersebut sekadar hiburan ringan yang berjaya menceriakan suasana Aidiladha netizen di media sosial.

Lihat video di bawah:

@acapaidi21

bapak sape punya spender kau telan ni lembu weyy 🤣#fyp #foryou #random #eidaladha

♬ Abang main taik dik – Abang MANTUL

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via

You may be interested in: