[VIDEO] Lelaki Guna Token RapidKL Untuk Cungkil Gigi Buat Ramai Kembang Tekak
Eww gelinya.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau sebelum ini tular pelbagai gelagat menjengkelkan dalam pengangkutan awam, kali ini satu rakaman video benar-benar membuatkan ramai rasa loya
Seorang individu yang dipercayai warga asing dirakam menggunakan token RapidKL sebagai pencungkil gigi sebelum menggunakannya semula seperti biasa.
Menerusi video yang tular di laman Threads, lelaki berkenaan dilihat menggosok dan mencungkil celah giginya menggunakan token RapidKL selama beberapa ketika.
Apa yang membuatkan ramai lebih jijik ialah token itu merupakan barangan yang akan digunakan semula oleh pengguna lain selepas dipulangkan ke mesin.

Video tersebut pantas mengundang ribuan reaksi, dengan ramai mempersoalkan tahap kebersihan token yang dikongsi oleh orang awam setiap hari
Selain rasa geli, netizen turut membangkitkan isu kesihatan. Mereka berpendapat perbuatan seperti itu berpotensi mendedahkan pengguna lain kepada pelbagai bakteria dan virus melalui sisa air liur yang mungkin masih melekat pada permukaan token.
Antara penyakit yang disebut termasuk influenza, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), serta jangkitan bakteria lain sekiranya kebersihan token tidak dijaga.
Dalam ruangan komen, seorang pengguna turut berkongsi gambar token RapidKL yang diterimanya.
Token itu dilihat mempunyai bahagian plastik yang sedikit terkopek pada satu bucu, sekali gus menyebabkan ramai membuat spekulasi ia mungkin token yang sama digunakan dalam video tular tersebut.
Walaupun dakwaan itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, perkongsian tersebut tetap menambahkan kebimbangan orang ramai terhadap kebersihan token yang digunakan secara bergilir.

Dalam masa sama, pengguna yang sudah beralih kepada kad Touch 'n Go NFC atau pembayaran tanpa tunai mengakui mereka lega kerana tidak lagi perlu menggunakan token yang dikongsi bersama orang ramai.
Ramai berharap lebih ramai pengguna dapat beralih kepada sistem pembayaran digital bagi mengurangkan penggunaan token fizikal
Netizen mahu RapidKL ambil tindakan
Susulan insiden itu, ada netizen yang meluahkan kemarahan sehingga mencadangkan agar akses warga asing terhadap pengangkutan awam dihadkan.
Namun begitu, ramai juga berpandangan isu sebenar bukanlah soal kewarganegaraan, sebaliknya sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.
Dalam masa sama, orang ramai menggesa pihak RapidKL memperketatkan pemantauan terhadap kemudahan awam dan mempercepatkan peralihan kepada sistem pembayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi mengurangkan risiko kejadian seperti ini berulang.
Lihat Threads di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


