Wanita 27 Tahun Tak Malu Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan, Bangga & Percaya Pada Rezeki

Sokongan keluarga menjadi pendorong dalam kerjayanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @1kin4riff_ (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerjaya sebagai pengawal keselamatan sering dikaitkan dengan tenaga fizikal dan kerja lapangan, menjadikan sektor ini lazimnya didominasi oleh lelaki

Walau bagaimanapun, trend ini mula berubah apabila semakin ramai wanita tampil menceburi bidang berkenaan, membuktikan bahawa profesionalisme dan dedikasi tidak mengenal jantina.

Peranan pengawal keselamatan bukan sekadar mengekalkan keselamatan premis atau individu, tetapi juga memerlukan tahap disiplin, tanggungjawab dan kesedaran tinggi terhadap risiko.

Wanita yang memilih kerjaya ini seringkali menerima cabaran tambahan, termasuk persepsi masyarakat bahawa pekerjaan ini lebih sesuai untuk lelaki.

Namun, berbeza bagi Ikin yang berkongsi rasa bangganya dengan pekerjaan tersebut.

SAYS.com
Image via @1kin4riff_ (Threads)

Minat bidang safety jadi punca utama pilihan kerja

Ikin, 27 tahun, baru sahaja memulakan kerjayanya dalam bidang keselamatan pada tahun ini.

Bercakap kepada SEISMIK, pilihan Ikin untuk menceburi bidang ini lahir daripada minat mendalam terhadap aspek keselamatan dan keselamatan diri, yang menjadi tunjang utama dalam profesion ini.

"Saya memilih pekerjaan ini kerana saya suka dalam bidang safety ni," ujar Ikin.

Tambahnya, sokongan keluarga menjadi pendorong dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, keluarga saya semua menyokong dengan keputusan saya. Mereka juga memberikan semangat dan dorongan untuk saya terus maju," katanya.

SAYS.com
Image via @1kin4riff_ (Threads)

Pernah dipersoal mengapa memilih pekerjaan begini

Tidak dinafikan, sebagai seorang profesional muda dalam sektor ini, Ikin pernah menghadapi persoalan daripada orang sekeliling mengenai pilihannya.

"Selalu ada yang tanya kenapa tak cari kerja yang lebih ok dan gaji besar. Tapi saya cuma balas, rezeki saya dekat sini, saya buat kerja ni dulu.

"Kalau suatu hari nanti ada tawaran kerja yang bagus untuk saya, InshaAllah saya akan ambil,"
katanya.

Bercakap mengenai harapannya, Ikin menzahirkan keinginan agar generasi muda tidak segan atau malu untuk menceburi bidang keselamatan.

"Saya harap anak muda dekat luar sana tak segan lah nak berkerja walaupun sebagai security, dan saya harap anggota-anggota security macam saya dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah," ujarnya.

Kisah Ikin menjadi inspirasi kepada ramai, menunjukkan bahawa dengan minat, kesungguhan, dan dedikasi, pekerjaan dalam bidang keselamatan bukan sahaja memberi pengalaman berharga, malah turut membentuk integriti dan amanah dalam kalangan pekerja muda.

Lihat video di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik