Ini 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Tahun 2026 – “Tenang”

Admin rasa macam nak pindah pula, tenangnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Amazing Borneo Tours & Blogger

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini mengumumkan senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2026, melibatkan beberapa lokasi merentasi Semenanjung dan Sabah

Menurut laporan Sinar Harian, antara bandar yang tersenarai ialah Dabong di Kelantan, Kluang di Johor, Kuala Terengganu di Terengganu, Bandar Lipis di Pahang serta Marang di Terengganu.

Turut berada dalam senarai ialah Mersing dan Simpang Renggam di Johor, Permaisuri di Terengganu, selain Ranau di Sabah dan Raub di Pahang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blogger
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Amazing Borneo Tours

Menurut kenyataan KPKT, pemilihan bandar-bandar ini dibuat berdasarkan penilaian terhadap tahap kesejahteraan penduduk serta kualiti hidup di kawasan tersebut

Ini termasuk faktor seperti kemudahan asas, persekitaran hidup yang selesa, keseimbangan sosial serta pembangunan komuniti yang mampan.

Apa yang menarik, senarai ini jelas menunjukkan bahawa kebahagiaan tidak hanya tertumpu di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.

Sebaliknya, banyak bandar kecil dan sederhana turut mencatat tahap kesejahteraan yang tinggi, sekali gus membuktikan bahawa gaya hidup lebih tenang dan komuniti yang rapat memainkan peranan penting dalam kebahagiaan penduduk.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Melancong

Dalam masa sama, pengiktirafan ini selari dengan usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan persekitaran bandar yang lebih inklusif, sejahtera dan mampan.

Ia juga mencerminkan keseimbangan pembangunan antara negeri di Pantai Timur, selatan Semenanjung serta Sabah, sekali gus menunjukkan pencapaian pembangunan yang lebih menyeluruh di seluruh negara.

Secara keseluruhannya, senarai ini menjadi bukti bahawa kebahagiaan bukan sekadar bergantung kepada pembangunan pesat, tetapi juga kualiti hidup yang seimbang dan harmoni dalam sesebuah komuniti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: