100 Juta Ringgit Baiki Stadium Terengganu. Berpatutan Atau Mahal?
Adakah berita pembaik pulihan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini dapat menutup segala kontroversi setelah sekian lama?
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Diberitahu Kos Membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Dianggarkan Bernilai RM100 Juta
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu runtuh pada tahun 2009.
Image via www.kosmo.com.myPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Rosli Othman berkata ia termasuk RM18 juta untuk membaiki struktur dan lain-lain kelengkapan, RM20 juta membaiki sistem elektrik, RM14 juta membaiki sistem mekanikal dan RM48 juta untuk membina semula bumbung yang baru.
![](http://www.mstar.com.my/favicon32x32.png)
Sebahagian besar bumbung stadium runtuh akibat struktur yang tidak kuat.
Image via www.malaysiandigest.com"Kerajaan negeri sendiri sangat dukacita kerana SSMZA dibina dengan 100 peratus pembiayaan dari kerajaan negeri," katanya dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri pada 15 April 2014.
Katanya, kerja-kerja awal di stadium itu terbahagi kepada dua pakej iaitu untuk sebelah barat melibatkan struktur bumbung sedia ada manakala bagi sebelah timur pula membabitkan kerja membuang bumbung yang runtuh.
utusan.com.myStadium Yang Menelan Kos Sehingga RM292 Juta Runtuh Pada 2 Jun 2009 Menyebabkan Kira-Kira 50% Daripada Strukturnya Musnah
Stadium yang menelan kos RM292 juta dan pertama di Asia menggunakan rekaan bumbung tanpa sokongan tiang itu menyembah bumi pada 2 Jun 2009, selepas tidak sampai setahun digunakan, sekali gus mencetuskan pelbagai polemik serta kemarahan rakyat negeri Terengganu.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin siap dibina dan dirasmikan pada tahun 2008 sebelum runtuh setahun kemudian.
Image via www.skyscrapercity.comTidak cukup dengan insiden yang disifatkan memalukan itu, kerajaan negeri terus dihentam dengan pelbagai tohmahan setelah struktur utama bumbung stadium yang menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 2008, di mana pada ketika itu Terengganu menjadi tuan rumah buat kali pertama.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi tempat utama bagi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 pada tahun 2008.
Image via terengganulening.blogspot.comNamun, Ada Pihak Yang Berpendapat Kos RM100 Juta Itu Adalah Terlalu Tinggi, Malah Boleh Digunakan Untuk Membina Sebuah Stadium Baru
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmad Shah berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar dan dengan peruntukan itu kerajaan mampu membina sebuah lagi stadium.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmad Shah berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar.
Image via bm.harakahdaily.net"Kenapa kos asal kedua dan bumbung runtuh berharga RM34 juta tetapi harga membaik pulih akan memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta?"
Kerja-kerja kemasan dan pembersihan kawasan stadium sedang giat dijalankan.
Image via teganukita.blogspot.com"Adakah RM100 juta itu termasuk kos mengganti barang-barang elektrik, generator, lampu, peralatan dalaman lain yang telah dicuri pernah dilaporkan media sebelum ini dianggarkan kerugian RM40 juta dan membaiki padang bola dan trek larian?" soalnya.
Tambahnya, kontroversi runtuhan itu dilihat sebagai perbelanjaan yang tidak cermat dilakukan kerajaan, membenarkan pembaziran dalam masa kerajaan meminta rakyat berjimat.
Menteri Besar Terengganu Bagaimanapun Menganggap Nilai RM100 Juta Untuk Baik Pulih Stadium Itu Munasabah
Kos RM100 juta untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dikatakan mampu digunakan untuk membuat stadium baru.
Image via kelahjeffgmcom.blogspot.comKos yang dianggarkan berjumlah RM100 juta untuk membaik pulih dan membina fasiliti tambahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak adalah munasabah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berpendapat kos baik pulih sebanyak RM100 juta itu munasabah.
Image via fauzichik.blogspot.com“Kita telah buat kajian terperinci sebelum satu-satu projek diselenggara, aspek mana perlu dibaiki dan ditambah. Di sini tidak timbul isu pembaziran. Ia membazir jika aspek baik pulih dan pembaikian tidak sempurna."
“Pembangkang hanya pandai mengkritik dan menyoal pelbagai isu, semua tidak kena di mata mereka,” katanya.