seismik

12 Individu Rancang Letup Bangunan Kerajaan Di Lembah Klang Diberkas Polis

Ketangkasan pihak PDRM telah berjaya menumpaskan 12 individu bersama beberapa bahan letupan.

Cover image via themalaysianinsider.com

Polis berjaya menggagalkan percubaan melakukan "huru-hara" dalam negara selepas menahan 12 orang dan merampas bahan letupan milik mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter


Beliau berkata kumpulan itu merancang serangan ke atas beberapa lokasi strategik di Lembah Klang. Sasaran, menurut risikan polis adalah bangunan kerajaan yang "strategik dan penting".

Antara barangan yang berjaya dirampas.

Image via themalaysianinsider.com

Yang paling muda di antara mereka berusia 17 tahun. 12 yang ditangkap termasuk pelajar keciciran sekolah, pelajar universiti, seorang ahli perniagaan dan juru elektrik.

Tangkapan dibuat dua hari lepas dan semalam oleh unit memerangi keganasan Cawangan Khas polis. Mereka ditangkap di bawah peruntukan anti-keganasan mengikut Kanun Keseksaan.

themalaysianinsider.com

Serangan ini dirancang bertujuan sebagai tindakan balas terhadap Polis Diraja Malaysia bagi penangkapan ahli ISIS dan bagi sesiapa yang terlibat dalam keganasan

Selain itu, Khalid berkata serangan yang dirancang sebagai tindak balas gesaan seorang pemimpin kanan ISIS di Syria kepada ahli dan penyokong kumpulan itu untuk melancarkan serangan terhadap kepentingan "negara-negara Islam sekular" yang dianggap kumpulan sebagai musuh.

Sehingga kini, lebih 90 orang ditahan polis kerana didakwa mempunyai hubungan dengan ISIS.

themalaysianinsider.com

Bayangkan apa akan jadi kepada negara jika 12 individu ini berjaya mencetus huru-hara?

Image via abcnews.go.com

Berbeza dengan keadaan di sesetengah negara yang dari masa ke semasa dengar kisah bom meletup sana bom meletup sini, kejadian seumpama itu setakat ini belum berjangkit di Malaysia.

Namun mimpi ngeri kisah-kisah tragik itu boleh menjalar ke sini jika kita tidak berhati-hati. Bibit-bibit sudah ada.

agendadaily.com

Pujian harus diberikan kepada barisan anggota polis yang tangkas memberkas 12 penjenayah ini sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Syabas PDRM!

Dalam pada kita memberi pujian ke atas PDRM, terdapat seorang anggota polis yang boleh digantung sampai mati kerana membunuh seorang wanita pada 13 April lalu: