seismik

"It's My Dream" - Ini 12 Lokasi Boleh Buat Tema Garden Wedding Untuk Majlis Perkahwinan

Once in a lifetime!

Cover image via @jardineventvenue (Instagram) & @glasshouseatseputeh (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Setiap orang pasti mempunyai idaman majlis persandingan tertentu mengikut cita rasa masing-masing bukan?

Sesetengah orang sukakan tema glamorous dan elegant. Namun, ada juga yang minat dengan tema simple dan minimalist. Semua mengikut cita rasa dan kegemaran individu atau pasangan tertentu. 

Ramai juga yang mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis perkahwinan tema garden. Lokasi dan pelamin yang dihiasi dengan dekorasi warna hijau, bunga-bunga yang berwarna-warni, pasti sangat tenang dan sejuk mata memandang. 

Kepada pasangan pengantin yang sedang mencari lokasi untuk garden wedding anda, jom ikuti edisi perkongsian kali ini!

Image via GIPHY

1. The Seavoy House, Kuala Lumpur

The Seavoy House merupakan sebuah rumah banglo yang mempunyai ruang dalaman dan luaran. Di sini memang sesuai untuk mengadakan majlis persandingan yang initimate. Kawasan ini memuatkan seramai 150 orang.

Alamat:
28, Jalan Titiwangsa, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @theseavoyhouse

2. Changkat Telang, Kuala Lumpur

Changkat Telang merupakan satu event space untuk majlis perkahwinan yang boleh dikatakan baru. Mereka juga menawarkan pakej lengkap sekali dengan dekorasi pelamin anda. Banyak pilihan yang ditawarkan tau. Confirm rambang mata!

Alamat:
49, B52, Pekan Batu Lapan Belas,
43100 Hulu Langat, Selangor

Instagram: @changkat.telang

3. Colony Coworking Space, Kuala Lumpur

Lokasi ini biasanya disewakan untuk syarikat mengadakan event mereka. Namun, mereka juga terbuka untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini. Paling best, bangunan KLCC menjadi saksi majlis perkahwinan anda!

Alamat:
Level 5, Star Boulevard, Jalan Yap Kwan Seng,
53300 Kuala Lumpur

Instagram: @colony.work

4. Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur

Glasshouse Seputeh memang satu tempat yang sangat unik dan cantik. Memang sesuai untuk buat garden theme wedding tak kira siang atau malam. Lokasi ini juga boleh memuatkan lebih ramai tetamu untuk keluarga anda.

Alamat:
17, Lorong Syed Putra Kiri, Bukit Seputeh,
50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @glasshouseatseputeh

5. The Grounds, Kuala Lumpur

Jika anda gemar majlis indoor tetapi sukakan tema garden, anda boleh consider tempat ini. Tempat ini sangat sesuai untuk mengadakan garden theme wedding. Mereka juga menawarkan pakej makanan.

Alamat:
Ground Floor, Block B, MAHSA AVENUE Jalan Elmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz,
59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Instagram: @thegrounds.kl 

6. Doplohtiga Space, Kuala Lumpur

Dopolohtiga space sangat sesuai dijadikan tempat majlis anda jika mempunyai keluarga yang ahlinya ramai. Tempat yang luas amat penting untuk menjaga keselesaaan orang ramai. Yang uniknya, mereka menawarkan bridal spa treatment tau!

Alamat:
23, Jalan Titiwangsa, Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

Instagram: @doplohtigaspace 

7. Forest Valley, Cheras

Forest Valley menyediakan beberapa dewan mengikut kesesuaian jemputan anda. Antaranya termasuk Ruscus, Monstera dan Cineria. Kesemua dewan ini mempunyai spesifikasi yang berlainan. Anda pilih yang mana anda suka!

Alamat:
Jalan Permaisuri 10/6, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras, Selangor

Instagram: @forestvalleyhallxterusik

8. Boathouse, Ampang

Boathouse ini menawarkan dua jenis dewan dan ruangan untuk anda. Antaranya ialah boathouse dan dome. Lokasi yang strategik terletak di sebelah tasik ini memang menjadi tempat idaman ramai untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini.

Alamat:
5, Tasik Ampang, Jalan,
68000 Ampang Jaya, Selangor

Instagram: @boathouse.my

9. K'Seena House, Kuang

K'seena house merupakan satu rumah kampung yang telah direnovasi menjadi lebih estetik. Pengantin boleh bersiap di dalam rumah sambil berfotografi. Tetamu pula akan menjamu selera di bawah khemah yang telah dihiasi mengikut tema. Terdapat juga kawasan lapangan yang membolehkan anda meletakkan pelamin idaman.

Alamat:
Lot 3035, Lorong Teratai, Kampung Damai,
48050 Kuang, Selangor

Instagram: @kseenahouse

10. Lantera Venue, Shah Alam

Lantera Venue mempunyai dua jenis venue iaitu outdoor dan indoor. Yang paling menarik, di sini juga terdapat pool view seperti di resort tau. Anda juga tidak perlu risau tentang tempat parkir tetamu anda, ia memuatkan lebih 200 kereta.

Alamat:
Resort Club, Jalan Serindit, Seksyen U 9, Cahaya SPK,
40150 Shah Alam, Selangor

Instagram: @lanteravenue

11. Jardín Event Venue, Bentong

Jardin Event Venue terletak di Kampung Janda Baik, Pahang. Anda perlu memandu kira-kira 40 minit dari Kuala Lumpur. Apa yang unik di sini adalah anda boleh bersanding di pelamin yang terletak di outdoor berlatarbelakangkan bukit hijau yang indah. Tempat ini sangat sesuai untuk waktu endemik kerana dewannya merupakan open air.

Alamat:
Kampung Cheringin, Kampung Janda Baik,
28750 Bentong, Pahang

Instagram: @jardineventvenue

12. The Acres Resort, Bentong

Berlatarbelakangkan bukit yang menghijau dan indah, dengan dekorasi flora atas pelamin, memang dream! Lokasi ini merupakan sebuah resort percutian juga, sudah tentu harganya agak mahal berbanding yang lain.

Alamat:
Lot 28431, Kampung Bukit Tinggi,
28750 Bentong, Pahang

Instagram: @thearcesresorts

Kepada pasangan yang sedang planning, semoga dipermudah urusan! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: